WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

EAIC junjung titah Sultan Selangor perangi rasuah

EAIC junjung titah Sultan Selangor perangi rasuah
 

30 Julai 2021 - SHAH ALAM - Peringatan titah Sultan Selangor berhubung isu rasuah akan dijunjung sepenuhnya untuk dilaksanakan agar masyarakat di negeri ini secara umumnya bebas daripada gejala amalan buruk tersebut.

image
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjunjung kasih atas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dizahirkan pada Rabu.

Kebimbangan baginda terhadap aktiviti rasuah atau pecah amanah yang berlaku adalah sangat membimbangkan kerana boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik pegawai kerajaan di negeri Selangor.

Sehubungan itu, EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Sultan Sharafuddin dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di negeri Selangor dapat dibanteras sepenuhnya.

"EAIC adalah agensi bertanggungjawab mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

"Untuk itu, EAIC dengan penuh iltizam akan meningkatkan usaha memperkasakan budaya berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC di negeri Selangor dan seluruh negara amnya selaras dengan titah Tuanku," kata EAIC dalam satu kenyataan pada Jumaat.


*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2021-10-14 12:02:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354489 Tarikh Kemaskini : 18 04 24