Struktur binaan haram di 14 lot tanah bakal dirobohkan
Anggota bomba dan penyelamat pada Selasa masih giat menjalankan operasi pemadaman api di Kampung Sawah berhampiran jeti Pulau Carey, Banting selama 24 jam sejak Sabtu.
29 Jun 2021 - BANTING - Struktur binaan haram di 14 lot tanah berhampiran kawasan tapak kebakaran di jeti Pulau Carey di sini akan dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, semakan mendapati tujuh lot tanah di situ telah bertukar status daripada pertanian kepada perindustrian, manakala selebihnya masih belum mendapat kelulusan.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2021-10-14 12:09:06 daripada Administrator