WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Perundangan - Fungsi Bahagian

 

FUNGSI BAHAGIAN PERUNDANGAN
PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA LANGAT (PDTKL)

 

1. Memberi khidmat nasihat/pandangan perundangan kepada Bahagian/Unit di PDTKL dan orang awam berkaitan hal ehwal tanah apabila dirujuk.

2. Membantu Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor menyediakan dokumentasi perundangan/kertas kausa (Pernyataan Pembelaan/Afidavit Jawapan/Senarai Saksi/Pernyataan Saksi/Ringkasan Kes/Kronologi Kes/Dokumen Sokongan) bagi pihak PDTKL untuk difailkan di Mahkamah bagi kes-kes sivil.

3. Menghadiri pengurusan/pendengaran/perbicaraan kes di Mahkamah bagi wakil/pihak PDTKL mengikut keperluan.

4. Menguruskan permohonan kemasukan dan pengeluaran wang pampasan di Mahkamah Tinggi bagi kes pengambilan tanah selaras dengan subseksyen 29(1)(a),(b) atau (c) dan seksyen 29(2) Akta Pengambilan Tanah 1960.

5. Memfailkan Borang O (Rujukan kepada Mahkamah) di Mahkamah Tinggi bagi kes rujukan tanah (land reference) selaras dengan subseksyen 38(5) Akta Pengambilan Tanah 1960.

6. Membuat semakan kertas siasatan yang diterima daripada Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Daerah (Unit Penguatkuasaan) bagi kesalahan di bawah seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara [Akta 828] sebelum diangkat untuk pertimbangan Pentadbir Tanah dan Timbalan Pendakwa Raya.

7. Membuat semakan perjanjian melibatkan PDTKL.

8. Menguruskan permohonan pewartaan dan pembatalan pewartaan pegawai di PDTKL sebagai Majistret Kelas Pertama (I), Majistret Kelas Kedua (II), Pentadbir Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah bagi menjalankan kuasa-kuasa dan/atau melaksanakan tugas-tugas di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara [Akta 828] seperti menjalankan siasatan, mengurus sumpah dan akuan, mendaftar serta membantu urusan penyaksian bagi penyermpurnaan borang-borang suratcara berkaitan urusan urusniaga dan bukan urusniaga.

Kemaskini pada 2022-11-04 16:28:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356503 Tarikh Kemaskini : 25 04 24