WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Amalan "Best Practice" untuk memastikan "value for money" di Pejabat Daerah Ku



 
                          

Amalan "Best Practice" untuk memastikan "value for money"
di  Pejabat Daerah Kuala Langat

 

Amalan "Best Practise"  bermaksud prinsip dan amalan terbaik  yang dilaksanakan oleh jabatan dalam melaksanakan tugas harian.  Salah satu amalan "best practice" atau amalan terbaik yang dilaksanakan adalah amalan "value for money".  Perkara ini merupakan satu reformasi  amalan yang baru sahaja diperkenalkan  Y.A.B. Dato Menteri Besar Selangor di Negeri ini.  Dato Menteri Besar Selangor  mahukan setiap nilai ringgit yang disalurkan kepada setiap jabatan Kerajaan Negeri  dibelanjakan secara bijaksana. Ini bermaksud, setiap wang yang dibelanjakan hendaklah memberi pulangan yang maksimum tanpa ketirisan. Selain itu , khususnya dalam perolehan, wang yang digunakan mestilah sepadan dengan projek atau barangan yang dibeli tersebut.

 

Bagi melihat perkara ini dengan lebih dekat, Pejabat Daerah Kuala Langat telah melaksanakan amalan terbaik ini bermula dari tahun 2011 dan amalan ini diteruskan sehingga hari ini. Sebagai contoh, dalam pemilihan kontraktor melalui proses sebut harga, nilai siling peruntukan projek sentiasa didedahkan kepada para kontraktor yang menyertai sebut harga  tersebut. Seterusnya, pihak jabatan akan menyediakan "Bill of Quantity" ( BQ ) di mana segala keperluan spesifikasi projek-projek yang akan dilaksanakan akan didokumenkan. Seterusnya BQ tersebut  diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang ingin turut serta dalam sebut harga tersebut.  Di sinilah setiap kontraktor akan mengemukakan cadangan harga yang bolehlaksana atau  ditawar  mengikut kira-kira mereka .  Setelah semua kontraktor berminat menghantar cadangan mereka, Ahli Jawatankuasa Sebut Harga  akan memilih cadangan yang paling murah bagi melaksanakan sesuatu perolehan tersebut.  Walau bagaimanapun, sebelum  surat tawaran dikeluarkan, ahli jawatankuasa akan menghubungi penyebut harga terendah tersebut dan mengesahkan samada mereka benar-benar telah membuat kira-kira   dalam mengemukakan cadangan tersebut.  Mereka juga akan diingatkan lagi tentang tindakan tegas  yang akan diterima sekiranya mereka gagal melaksanakan projek tersebut mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan.  Setelah semua pihak bersetuju,  barulah surat tawaran di keluarkan kepada  penyebut harga yang Berjaya tersebut.

 

Kesan amalan terbaik kepada Perlaksanaan projek:-

 

Dalam tempoh dua tahun amalan terbaik ini dilaksanakan, telah banyak penjimatan telah  diperolehi. Bagi tahun 2011, PDKL telah menerima peruntukan  keseluruhan sebanyak RM 3,270,000.00 melalui geran Hasil Negeri  Untuk Rakyat. Jumlah projek yang dilaksanakan adalah sebanyak 101 projek dan ini  telah pun dilaksanakan pada tahun 2011 ke dalam setiap kampong di Daerah Kuala Langat. Dengan mengikut amalan terbaik "value for money" yang dijalankan,  PDKL telah berjaya membuat penjimatan sebanyak RM 690,000.00.  Melalui baki peruntukan tersebut, PDKL akan dapat menggunakannya untuk melaksanakan 48  lagi projek yang bermenafaat kepada penduduk.

 

Selain itu, PDKL juga ada menerima peruntukan melalui projek Membina dan Menyiapkan Bangunan Pusat Pengumpulan IKS Kampung Kanchong Tengah  berjumlah RM 500,000.00 . Setelah amalan terbaik dilaksanakan terhadap projek ini, PDKL telah berjaya memperolehi sebut harga terbaik iaitu berjumlah             RM 368,000.00 sahaja. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM 132,000.00. Walaupun harga tawaran jauh lebih rendah daripada peruntukan, nampaknya projek tersebut akan siap mengikut jadual dengan kualiti yang ditetapkan tidak lama lagi. Untuk itu, beberapa lagi projek baru yang tidak tersenarai  sebelum ini akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi dengan menggunakan peruntukan tersebut. 

 



Daripada contoh-contoh amalan terbaik  "value for money" yang dijalankan, ianya jelas menunjukkan bahawa satu reformasi kaedah pelaksanaan kerja yang lebih baik telah dilaksanakan di PDKL. Melalui kaedah ini jabatan Kerajaan dapat membendung ketirisan atau pembaziran dalam perolehan projek. Bahkan, banyak projek yang tidak disangka-sangka dapat dilaksanakan berikutan daripada lebihan atau penjimatan yang diperolehi.  Akhirnya, menfaat jua yang akan diterima oleh rakyat hasil amalan terbaik yang dilaksanakan oleh jabatan.

                                     


Kemaskini pada 2013-10-07 12:41:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350215 Tarikh Kemaskini : 28 03 24