WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

PERAMPASAN TANAH : SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.



 
                   

PERAMPASAN TANAH : SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
Oleh : Unit Penguatkuasaan & Teknikal

 

Kita seringkali mendengar orang berkata "nasi telah menjadi bubur". Itulah yang terjadi kepada pemilik-pemilik tanah yang mana tanah mereka telah dirampas dan dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Bagaimana hal ini terjadi?

Kelalaian tuan tanah dalam mengusahakan tanah hakmilik mereka boleh mengundang kerugian yang besar pada kemudian hari. Seringkali pemilik tanah terlepas pandang akan kategori dan syarat nyata tanah yang perlu mereka patuhi. Sebagai contoh, tanah berkategori Pertanian dengan syarat nyata Tanaman Kekal (Industri) hendaklah diusahakan dengan penanaman pokok-pokok seperti kelapa sawit, kelapa atau getah dan bukannya diusahakan sebagai kawasan perlombongan pasir. Keadaan ini boleh menyebabkan timbulnya pelanggaran syarat tanah sepertimana digariskan dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara (KTN).

Pentadbir Tanah senantiasa memastikan tanah-tanah berimilik dipatuhi syarat nyatanya bagi mengelakkannya daripada disalahguna. Oleh itu, jika pelanggaran syarat masih berlaku Borang 7A di bawah peruntukan Seksyen 128 KTN akan dikeluarkan sebagai peringatan kepada tuan tanah untuk memulihkan kembali keadaan asal tanahnya. Jika tanah gagal dipulihkan, Borang 7B iaitu Notis Tunjuk Sebab akan diberikan kepada pemilik tanah sepertimana peruntukan Seksyen 129 KTN. Hal ini jika berterusan dan masih tiada pemulihan atau pemulihan yang dilakukan seumpama “melepaskan batok di tanggaâ€Ã‚ maka ia akan membawa kepada perampasan tanah dengan keluarnya  Borang 8A di bawah Seksyen 130 KTN.

 

Akhirnya apabila telah diwartakan perampasan tanah itu di bawah Seksyen 130 KTN, barulah tuan tanah selalunya benar-benar sedar yang mereka telahpun kehilangan satu aset yang sangat berharga iaitu sebidang tanah yang boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Ketika ini "nasi telahpun menjadi bubur".

 

Di daerah Kuala Langat untuk tahun 2011 @ 2012, sebanyak 11 lot tanah hakmilik telahpun dirampas dan dikembalikan kepada PBN akibat pelanggaran syarat. Kesemua tanah ini telah melanggar jenis kegunaan (kategori) tanah iaitu Pertanian dengan menjalankan aktiviti pengeluaran bahan batuan (pasir) tanpa kebenaran yang sah. Butiran lanjut adalah seperti jadual dibawah :

 

PERAMPASAN TANAH AKIBAT PELANGGARAN SYARAT DAERAH KUALA LANGAT 2011 - 2012

NO

LOKASI

JUMLAH LOT

LUAS ( hektar)

1

Bukit Changgang
Mukim Tanjung Dua Belas

5

6.063

2

Sungai Serdang, Bukit Changgang
Mukim Tanjung Dua Belas

2

1.659

3

RTB Bukit Changgang
Mukim Tanjung Dua Belas

4

9.733

JUMLAH

11

17.455

 

Oleh yang demikian, hargailah tanah yang dikurniakan kerana tanahlah punca rezeki yang kita semai dan kerana tanahlah hidup kita permai.

 
                          

Kemaskini pada 2013-10-07 12:48:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1355088 Tarikh Kemaskini : 20 04 24