29 dicekup, polis serbu 'port' dadah
Seramai 29 lelaki ditahan dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu.
Gambar kecil: Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh
KUALA LANGAT - Seramai 29 penagih tegar bersama seorang tokan dadah ditahan dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, di sini pada Rabu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, walaupun bergari, mereka dengan bersahaja bersembang, ada yang berbaring di atas tanah malah tanpa segan silu meminta makanan dan rokok daripada anggota bertugas.
Difahamkan kesemua lelaki yang ditahan dalam operasi selama 12 jam di ladang itu tidak serik walaupun sudah berulang kali ditahan.
'Port' dadah yang menjadi tumpuan penagih di kawasan sekitar dipercayai beroperasi bermula awal pagi sehingga lewat malam di mana tokan yang berusia dalam lingkungan 30-an akan berlegar-legar di sekitar ladang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, lokasi tersebut dipercayai baru beroperasi sejak seminggu lalu.
Antara barang kes yang dirampas dalam Ops Sarang di sebuah kebun kelapa sawit sekitar Jalan Klang - Banting, Seri Cheeding, Kuala Langat pada Rabu.
"Kita buat pemerhatian selama dua hari dan mendapati tokan ini sebelumnya beroperasi di beberapa 'port' di kebun sawit lain. Mereka berpindah-randah bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2022-01-14 15:40:40 daripada Administrator