WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Eco-Tourism

 


 

 

       PAYA INDAH WETLANDS

Paya Indah Wetlands mempunyai kawasan seluas 3,100 hektar yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem termasuklah juga bekas kawasan lombong bijih timah dan hutan paya bakau.Semenjak aktiviti perlombongan dihentikan pada tahun 1997,Paya Indah Wetlands yang dibuka kepada orang awam pada 13 Oktober 2001 telah berkembang menjadi sebuah kawasan alam semula jadi untuk generasi yang akan datang.Paya Indah menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan sektor pelancongan yang mesra alam di samping mengekalkan habitat flora dan fauna di kawasan tanah bencah.


 

 

image image



Paya Indah Wetlands terletak berhampiran dengan Putrajaya (Pusat Pentadbiran Malaysia), Koridor Multimedia Raya  (KMR) dan beberapa minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).Paya Indah Wetlands merupakan destinasi pelancongan menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti.Antara aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti :

               1- Mengayuh Basikal bersama kelurga dan kawan-kawan
               2- Berkayak di tasik yang dipenuhi pokok teratai
               3- Aktiviti 'Birdwatching' (dipercayai terdapat lebih kurang 210 spesis)
               4- Aktiviti 'batik painting' yang boleh dijadikan cenderahati dari pusat pelancongan ini.


Terdapat pelbagai jenis spesis hidupan lain yang dapat ditemui di Paya Indah Wetlands.Ini termasuklah :
        
                1- Empat ekor badak air (yang bernama Juwita,Kundra,Cendana dan Tiami)
                2- Buaya
                3- Ikan Arapaima (ikan Naga Merah)
                4- Angsa dan Burung Kasawari


Kemudahan dan tarikan yang terdapat di Paya Indah Wetlands :

 

 

  • Chalet - 33 buah
  • Tasik - 14 buah Palm Garden
    • Main Lake
    • Visitor Lake
    • Crocodile Lake
    • Lotus Lake
    • Typha Lake
    • Hippo Lake
    • Chalet Lake
    • Berch Lake
    • Marsh Lake
  •  
  • Galeri
  • Cafe
  • Aktiviti memancing
  • Aktiviti melukis batik
  • Lukisan pasir
  • Jungle Trekking
  • Birdwatching
  • Menunggang Basikal
  • Berkayak
     



Untuk keterangan lanjut :

PAYA INDAH WETLANDS
KM 4, JALAN BANTING - DENGKIL,
43800 DENGKIL, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-8768 7699
Fax : 03-8769 7703

 



NATURE CENTER (PAKAS) KAMPUNG ENDAH

Pusat Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar (PAKAS), Kampung Endah merupakan salah satu komponen dalam menubuhkan Jabatan Pendidikan di dalam MNS (Malaysia Nature's Society).Projek ini merupakan projek contoh yang melibatkan komuniti di dalam aktiviti kesedaran alam sekitar di Negeri Selangor.Ia telah dilancarkan pada 04 Oktober 1998 oleh Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Alam Sekitar Negeri Selangor (BERKESAN) yang melibatkan gabungan pihak kerajaan dan bukan kerajaan (NGOs) yang ditubuhkan awal 1997 untuk mengatasi masalah alam sekitar melalui pelbagai kaedah.


Kampung Endah terletak berhampiran dengan Pantai Morib dan Bandar Banting.Ia terletak berhampiran persisiran yang dipenuhi denga paya bakau dan dikelilingi dengan tanaman kelapa,kopi,lada,kelapa sawit dan pokok nipah.Diantara tarikan yang terdapat di kawasan ini adalah 3 laluan denai yang sesuai untuk 'birdwatching' mempelajari dan mengenali pokok-pokok herba untuk perubatan dan hutan sekunder serta ladang-ladang.


Jenis-jenis aktiviti yang disediakan termasuk :


- Laluan Paya Bakau
- Mempelajari Hidupan Habitat Laut
- Night Walk
- Melihat Bintang / astronomi
- Birdwatching
- Beachcombing
- Lawatan ke Perkampungan Nelayan
- Diskusi dan Persembahan Slaid
- Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar


Untuk Maklumat Lanjut :

Tuan Hj Mustapin Mohd Aris
Ketua Kampung , Kampung Endah
Tel : 03-3198 1652 / 012 6554570

 
PANTAI MORIB

 

image image


Pantai Morib terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Banting dan merupakan salah satu kawasan pantai yang terletak di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pantai ini seperti padang golf,hotel dan gerai makan.

Padang golf Morib merupakan satu daya penarik utama yang telah diperkenalkan di daerah ini.Padang golf 9 lubang ini telah dibuka pada Mac 1977 dan telah terkenal dimata pelancong tempatan dan luar negeri.

Selain itu,Pesta Morib diadakan pada setiap tahun dimana terdapat pelbagai aktiviti dijalankan semasa pesta berlangsung.
Pesta Morib

Pesta Morib bermula sebagai pesta kebudayaan di pantai Morib.Ianya kecil dan lebih tertumpu untuk penduduk sekitar.Namun mulai tahun 2000 Pesta Morib telah mendapat suntikan baru apabila pesta ini dijalankan secara lebih terancang dan peruntukan kewangan yang besar.


Perjalanan Pesta / Struktur Pesta
 Pada masa ini tarikh Pesta Morib adalah bergantung pada tarikh Bulan Pesta Air Kebangsaan.Pesta Morib merupakan salah satu pesta air yang terkandung dalam pesta kebangsaan itu.Pada tahun ini pesta Morib diadakan bermula pada 5 Mei berlanjutan selama 7 hari dan ditutup pada 12 Mei 2002.Tapak Pesta terdiri daripada :            

 I.           Tapak Sukan

Terdapat 8 acara sukan yang berjalan semasa Pesta Morib .Sukan-sukan tersebut adalah Pertandingan Gasing Pangkah,Pertandingan Bina Badan,Pertandingan Bola Sepak Pantai,Pertandingan LukisanPertandingan Tarik Tali,,Pertandingan Silat dan Pertandingan  Sukaneka Rakyat.Pertandingan sukan-sukan tersebut dibuat di tapak-tapak sukan seperti padang bola sepak pantai,dewan Ikelas,Tempat Parking Kenderaan dan padang orang ramai.

 

 II.           Tapak Persembahan

 Semua pelancaran program dan persembahan kebudayaan dibuat diPentas Amphiteater

 

III.           Tapak Gerai

Terdapat 34 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan diletakkan ditempat meletak kenderaan.Gerai-gerai jualan ini adalah antara tarikan utama orang ramai ke Pesta Morib.Karnival jualan ini berlangsung selama satu bulan.

 IV.            Tapak Pameran

 Terdapat beberapa Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran iaitu Jabatan LUAS,perpustakaan,penjara,JPJ,kesihatan dan Kolej INPENS. 

      

Kemaskini pada 2016-08-01 11:44:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1347595 Tarikh Kemaskini : 19 03 24