WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Perutusan Pegawai Daerah Kuala Langat

 
 
Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh dan salam sejahtera.
 

 


Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.
Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat bersama Kerajaan Negeri Selangor telah
membangunkan dan menambahbaik laman web untuk pihak pelanggan serta stakeholders kami. Bermula Januari 2012,
Laman Web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat telah dinaiktaraf kepada Portal Rasmi Pejabat Daerah/Tanah Kuala
Langat.

Justeru itu melalui paparan maklumat-maklumat tersebut, para pelanggan dan orang ramai sekalian akan dapat mengetahui
dan mengenali lebih dekat akan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, khususnya mengenai peranan, tanggungjawab dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan dan masyarakat keseluruhannya.
Usaha ini juga selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini serta usaha-usaha ke arah
mempertingkatkan sistem penyampaian jabatan.


Melalui medium elektronik ini juga, saya berharap semua pelanggan berpuashati dengan mutu dan penyampaian
perkhidmatan yang disediakan oleh kami ke arah mencapai kemajuan Daerah Kuala Langat yang kita sayangi ini.


Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan meningkatkan lagi kemudahan yang disediakan.

Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat. Diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi
pada masa hadapan.Semoga laman web ini akan terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang
berguna buat kita semua.

 
"Kuala Langat Daerah Terunggul di Selangor dan Pejabat Tanah Termaju di Malaysia Tahun 2025"


Sekian, terima kasih.
 

Pegawai Daerah Kuala Langat      

 

Kemaskini pada 2022-09-20 16:23:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1347778 Tarikh Kemaskini : 19 03 24