![image](/kualalangat/resources/KHIDMAT PENGURUSAN/TENGKU_MOHAMED_NEW.jpg)
Y.D.M TENGKU DATO' MOHAMED ALHAJ BIN TENGKU HARUN,
D.S.I.S., A.M.S., P.J.K.
Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya
Orang Besar Daerah Kuala Langat
Tugas-tugas Dan Tanggungjawab Orang Besar Daerah (OBD) :-
1. Sentiasa mengambil berat dan perhatian terhadap perkara/masalah yang lazimnya diberi perhatian oleh DYMM Sultan Selangor.
2. Berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berhubung rapat dengan rakyat.
3. Mengambil perhatian khas dan menjalankan rancangan yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam dalam menyumbangkan aktiviti untuk meninggikan Islam.
4. Sentiasa bekerjasama diantara Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah dan kerap mengadakan mesyuarat dan rundingan dalam setiap perkara demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat DYMM Sultan Selangor.
5. Sentiasa memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada raja, bangsa dan agama.
6. Berpegang teguh kepada ajaran agama.
7. Sentiasa peka terhadap peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
8. Sentiasa melawat daerah yang diwakilinya untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat DYMM Sultan Selangor.
|
|
Kemaskini pada 2022-12-09 15:20:06 daripada Administrator