WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sejarah Daerah Kuala Langat


         

Pada zaman dahulu, Kuala Langat dikenali sebagai Langat dan tapak asal bandar ini terletak di Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. "Langat" dipercayai dibuka oleh orang-orang Bugis yang datang dari Johor pada abad ke-18 untuk menjalankan perdagangan dengan Melaka. Jugra dikatakan sangat terkenal pada zaman Keagungan Kesultanan Melaka. Kawasan Langat juga dipercayai telah wujud lama sebelum berkembangnya Kesultanan Melaka iaitu dengan terjumpanya sejarah yang berusia kira-kira 2,000 - 2,500 tahun di Kampung Sungai Lang Tengah pada tahun 1964. Dari segi Sejarah, Daerah Kuala Langat mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Negeri Selangor.


Pada pertengahan abad ke-18, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah terletak di Kuala Selangor. Perpindahan dari Kuala Selangor ke Jugra berlaku pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4 yang memerintah pada tahun 1857-1898.


Sejak itu, Bandar Temasya (Jugra) telah dikenali sebagai Bandar Diraja dan memainkan peranan penting dari segi politik, sosial dan pembangunan ekonomi di Selangor. Keadaan ini banyak dibantu oleh kerana kedudukan daerah ini yang berhampiran dengan pantai dan muara sungai, yang mana amat sesuai dengan sistem pemerintahan yang berasaskan pengangkutan sungai dan laut. Dengan kedudukan kawasan yang terletak di muara Sungai Langat serta berhampiran dengan Pulau Carey, kawasan ini dianggap selamat dan dimudiki hingga ke kawasan hulu bagi tujuan perniagaan, perdagangan dan petempatan. Ini telah menarik perhatian penduduk-penduduk kawasan berhampiran seperti pedagang-pedagang dari Sumatera dan Bugis.




Kemaskini pada 2013-10-02 12:23:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1347651 Tarikh Kemaskini : 19 03 24