WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Dua lelaki ditahan seludup minyak diesel

 
 
image
BANTING - Belum sempat mengisi penuh enam tong minyak diesel di sebuah stesen minyak Batu 7, Sijangkang, dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar kawasan itu, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu ketika dua lelaki masing-masing berumur 28 dan 29 tahun sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam sebuah lori yang mempunyai tiga buah tong.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Rizani Che Ismail berkata, polis percaya sindiket berkenaan memperoleh bahan itu di lokasi stesen minyak 24 jam sekitar Kuala Langat sebelum dijual ke pasaran tempatan dengan harga tinggi.
Menurutnya, ketika diserbu, kedua-dua suspek sedang menjalankan kerja pemindahan minyak diesel kira-kira 675 liter ke dalam dua buah lori setiap muatan satu tan.
“Siasatan mendapati sindiket ini membuat pembelian minyak diesel bersubsidi menggunakan dua buah lori yang sudah diubah suai dengan mewujudkan tiga saluran minyak ke dalam tiga tong setiap lori melalui pam utama di badan lori berkenaan.
“Saya percaya, aktiviti ini mungkin sudah lama dijalankan namun intipan selama seminggu itu berjaya mematahkan sindiket curi minyak yang berlaku awal pagi di kawasan berkenaan,” katanya, semalam.
Dalam pada itu, kedua-dua suspek dipercayai hanya orang suruhan dan pihak polis sedang mencari dalang aktiviti penyeludupan minyak diesel itu kerana dikhuatiri melibatkan syarikat yang besar namun menggunakan pengusaha lori yang berbeza.
Siasatan ke atas kedua-dua suspek dan dua buah lori itu juga tidak mempunyai rekod lampau.
Rizani berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada suspek menjalankan aktiviti mencuri minyak diesel di lokasi tersebut sebelum dikumpulkan di dalam tangki besar yang disimpan di sebuah kawasan lain atau pun tidak.
“Rampasan minyak diesel dengan nilai anggaran RM1,350 itu sedikit sebanyak dapat menjejak aktiviti penyeludupan minyak diesel yang pernah dilaporkan sebelum ini,” katanya.
 
Dalam pada itu, suspek dan barangan rampasan akan diserahkan ke Kementerian Perdagangan dan Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan selanjutnya.
(*Sumber : Sinar Harian)

Kemaskini pada 2016-05-27 12:07:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424410 Tarikh Kemaskini : 19 01 25