WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Soalan Lazim - Pendaftaran



SOALAN LAZIM - UNIT PENDAFTARAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1  :   Apakah yang ditakrifkan sebagai urusniaga ?
JAWAPAN 

:   Apa-apa transaksi mengenai tanah berimilik yang dikuatkuasakan di bawah kuasa-kuasa yang di beri  oleh penggal IV dan apa-apa
    transaksi yang serupa yang dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu tetapi tidak termasuk mana-mana
    kaveat atau perintah larangan.

   
SOALAN 2

:    Apakah jenis instrument urusniaga yang boleh didaftarkan?

JAWAPAN







:   i)         Pindahmilik Tanah ( Borang 14 A )

    ii)        Pajakan atau Pajakan Kecil (Borang 15 A )

    iii)       Gadaian ( Borang 16A )

    iv)       Melepaskan Gadaian ( Borang 16N )

    v)        Sijil Perakuan Jual ( Borang 16 I )

    vi)       Instrumen Pelepasan Esmen 

   
SOALAN 3  

:    Siapakah yang boleh melaksanakan urusniaga ?

JAWAPAN



:   i)          Pemilik berdaftar mengenai suatu tanah berimilik.

    ii)         Pemegang surat kuasa wakil mana-mana pemilik tanah (Akta Surat Kuasa Wakil 1949 )

    iii)        Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh mahkamah (Seksyen 210 KTN)

   
SOALAN 4  :   Kepada siapa urusniaga boleh dilaksanakan ?
JAWAPAN






:   Kepada orang atau badan yang boleh diberimilik, orang atau badan kepadanya tanah kerajaan boleh diberimilik dijelaskan dalam
    Seksyen 43 iaitu :

     i)          Manusia selain remaja.

     ii)         Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan tubuhnya, boleh memegang tanah.

     iii)        Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang diberikuasa untuk memegang  tanah di bawah peruntukan Ordinan
                 Keistimewaa Diplomatik dan Konsular 1957.

      iv)        Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pendaftaran di talian 03-31822420/2403

     

  

 

  


Kemaskini pada 2014-08-27 12:15:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1353577 Tarikh Kemaskini : 16 04 24