WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Soalan Lazim - Pembangunan



SOALAN LAZIM - UNIT PEMBANGUNAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

 

Soalan 1: Apakah itu Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) – Iltizam Selangor Penyayang
Jawapan: Program IPR adalah program jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan. Agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

Program-program IPR terbahagi kepada 6 kluster:

  1. Kebajikan
    1. Kasih Ibu Smart Selangor - Kerajaan Negeri iktiraf kaum ibu menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan.
    2. Bas Smart Selangor - Perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Selangor.
    3. Skim Air Darul Ehsan - Bekalan air bersih 20 meter padu kepada rakyat Selangor berpendapatan rendah.
    4. Wifi Smart Selangor - Kemudahan Wifi percuma dipasang di lokasi tumpuan orang ramai.
    5. Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) - Pemberian bantuan sementara untuk rakyat tidak berkemampuan.
    6. Pengecualian Cukai Pintu Untuk Rumah Kampung - Pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung di Selangor layak dikecualikan cukai taksiran.
    7. Pengecualian Fi Lesen Penjaja - Membantu peniaga kecil dan penjaja di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor dengan mengecualikan mereka daripada bayaran fi lesen penjaja
    8. Bantuan Bina Dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) - Bantuan bina dan baiki rumah bagi rakyat yang tidak berkemampuan.
    9. Pemberian Bantuan Baucer Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan (Jom Shopping) - Pemberian baucer bagi membeli barang keperluan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
       
  1. Kesihatan
    1. Skim Insurance Peduli Sihat
    2. Bantuan Sihat Selangor
    3. Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)
       
  1. Kekeluargaan
    1. Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)
    2. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
    3. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    4. Insentif Perkahwinan Belia
    5. Perpustakaan Bergerak Smart Selangor
       
  2. Pendidikan
    1. Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang
    2. Program Khas Peduli Siswa
    3. Program Tuisyen Online
    4. Program Tuisyen Rakyat Selangor
    5. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor - Merupakan bantuan kepada pihak sekolah untuk menambah atau memperbaiki infrasttktur sekolah.
    6. Hadiah Pengajian IPT - Merupakan bantuan kewangan RM1000 kepada anak Selangor yang berjaya ke tahun pertama IPT.
    7. Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)
       
  1. Pekerjaan dan Perniagaan
    1. Latihan Usahawan IT (SITEC)
    2. Skim Hijrah Selangor
    3. Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
    4. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
       
  2. Perumahan
    1. Skim Rumah Selangorku
    2. Skim Smart Sewa
    3. Skim DanaSel
    4. Skim Ceria (Baikpulih Pangsapuri Kos Rendah)


Semua program IPR ini boleh disemak di Laman web rasmi IPR:  http://ssipr.selangor.gov.my


Soalan 2: Apakah jenis bantuan yang boleh didapati oleh pengusaha IKS dan para peniaga kecil-kecilan.
Jawapan: Dibawah Program IPR, bantuan untuk pengusaha IKS adalah dibawah Kluster Pekerjaan & Perniagaan, dan bantuan yang disediakan seperti berikut:

  1. Skim Hijrah Selangor

            Memberi pinjaman perniagaan dalam skala kecil dan besar.

            Maklumat boleh didapati di:
            Pejabat Hijrah Selangor (Kuala Langat)
            Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
            Kota Seri Langat,
            42700 Banting Selangor
            Tel: 03 31803913

  1. Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

            Memberi bantuan mesin dan peralatan perniagaan kepada usahawan yang layak.

            Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
            Tingkat 2 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
            Kota Seri Langat
            42700 Banting Selangor
            Tel: 03 3182 2491

  1. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

            Memberi bantuan peralatan perniagaan kepada penerima yang terdiri daripada keluarga yang termasuk dalam golongan miskin dan miskin tegar.

            Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
            Tingkat 2 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
            Kota Seri Langat
            42700 Banting Selangor
            Tel: 03 3182 2491

 

Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan jalan baru?
Jawapan : Pemohon perlu mengajukan permohonan melalui Ketua Kampung berserta gambar dan alamat lokasi. Seterusnya Ketua kampung membuat surat permohonan kepada Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat melalui Penghulu Kawasan masing-masing. Lawatan oleh penolong jurutera untuk di buat aggaran peruntukan. Permohonan akan dimajukan ke Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN, Shah Alam bagi mendapatkan  kelulusan.


Soalan 4: Apakah jenis bantuan rumah kerajaan prihatin yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan perlukah ada bayaran.
Jawapan: Terdapat bantuan rumah oleh Kerajaan Negeri Selangor dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

 

  1. Bantuan Bina Dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)
    Bantuan bina dan baiki rumah bagi rakyat yang tidak berkemampuan yang termasuk dalam golongan miskin dan miskin tegar.
    Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar dengan eKasih untuk layak menerima sebarang bantuan pembasmian kemiskinan

    Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
    Tingkat 2 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
    Kota Seri Langat
    42700 Banting Selangor
    Tel: 03 3182 2491

    Pendaftaran eKasih boleh dibuat di:
    Bahagian Pembangunan,
    Tingkat 2 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
    Kota Seri Langat
    42700 Banting Selangor
    Tel: 03 3182 2491

 

 


Kemaskini pada 2022-04-07 16:24:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354740 Tarikh Kemaskini : 19 04 24