WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Soalan Lazim - Pelupusan



SOALAN LAZIM - UNIT PELUPUSAN TANAH
PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT


    
SOALAN 1  : Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara?

JAWAPAN
 

: i)            RM 20.00 – Bayaran untuk pelan < 10 Ekar
ii)           RM 50.00 – Bayaran untuk pelan > 10 Ekar
iii)          RM 50.00 – Bayaran Permohonan LPS
     
SOALAN 2 : Kuasa Meluluskan LPS? 
JAWAPAN
 
:

Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil. 4/2015, kuasa meluluskan adalah seperti berikut:
 

KELUASAN TANAH PENURUNAN KUASA
Tanah berkeluasan tidak melebihi 1 ekar Pentadbir Tanah Daerah
Tanah berkeluasan 1 ekar hingga 5 ekar Pengarah Tanah dan galian Selangor
Tanah berkeluasan melebihi 5 eker dan ke atas Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMKN) Selangor


Catatan: Tujuan permohonan dan kuasa meluluskan adalah berdasarkan Pekeliling PTGS Bil.4/2015

     
SOALAN 3 : Apakah jenis aktiviti yang dibenarkan untuk permohonan LPS?
JAWAPAN : Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil.4/2015, aktiviti yang dibenarkan untuk permohonan LPS adalah seperti berikut:,

i.        Tapak Semaian/jualan pokok hiasan

ii.       Tanaman Kontan
iii.       Pondok Pengawal - hanya boleh dimohon oleh Persatuan Penduduk Berdaftar sahaja
iv.
       Papan Iklan (Billbord) - hanya boleh dimohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan sahaja
v.        Tempat letak kereta

Permohonan bagi aktiviti selain daripada yang disenaraikan diatas perlu diangkat untuk pertimbangan Pihak berkuasa Negeri
     
SOALAN 4 : Berapa lama tempoh sah LPS?

JAWAPAN

:

i.          Permohonan baru  - tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar atau tidak melebihi satu (1) tahun calendar
ii.        Pembaharuan – dibuat secara setahun sekali dengan tempoh tidak melebihi satu (1) tahun kalendar (maksima 3 kali pembaharuan); dan
iii.        Selepas tempoh pembaharuan tamat, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan baru kepada Pentadbir Tanah yang berkenaan;

     
SOALAN 5 : Bagaimana untuk membaharui LPS?
JAWAPAN : Pemohon perlu hadir ke Pejabat Daerah/Tanah dengan membawa lesen asal dan mengisi borang membaharui LPS.
     
SOALAN 6 : Bagaimana saya hendak mengemukakan permohonan pemberimilikkan tanah kerajaan?
JAWAPAN : i.          Pemohon perlu membuat semakan status tanah yang hendak dimohon di Unit Pelan.
ii.
          Pemohon perlu mendapatkan kelulusan pembelian pelan bagi tujuan permohonan setelah status tanah disahkan.
iii.         Seterusnya, pemohon perlu membuat pembelian borang jadual 1 di kaunter Unit pelupusan tanah pada harga RM50.00. 
     
SOALAN 7 : Apakah dokumen yang perlu ada bagi tujuan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?
JAWAPAN : Individu

    i.        Pelan kawasan (2 salinan)
    ii.       Resit bayaran pembelian pelan
    iii.        Surat akujanji yang telah ditandatangani
    iv.        2 salinan Borang Jadua;l 1 yang telah lengkap diisi
    v.        Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri (Jika sudah berkahwin)

Syarikat/Pertubuhan

    i.        Pelan kawasan (2 salinan)
    ii.       Resit bayaran pembelian pelan
    iii.      Surat akujanji yang telah ditandatangani
    iv.      2 salinan Borang Jadua;l 1 yang telah lengkap diisi
    v.       Borang 24, Borang 49, Akta Pertubuhan dan salinan terkini carian SSM.

     
SOALAN 8 : Berapakah jumlah bayaran bagi permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?
JAWAPAN : Pertanian

    i.        Kurang dari 2 hektar (5 ekar) – RM 10.00
    ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) – RM 50.00
    iii.       Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00

 

    Bangunan Kediaman

    i.        Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 50.00
    ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00
    iii.      Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00

 

    Bangunan Perniagaan

    i.        Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 100.00
    ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00
    iii.      Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 300.00

 
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pelupusan di talian 03-31822458

 

  


Kemaskini pada 2022-03-15 17:04:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354976 Tarikh Kemaskini : 20 04 24