![image](/kualalangat/resources/Berita 2015/ibadah_korban_27092015.jpeg)
KUALA LANGAT - Ibadah korban yang dilaksanakan umat Islam diharap dapat dihayati sepenuh hati serta memantapkan tahap pengorbanan diri kepada agama, bangsa dan tanah air.
Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli berkata, menjadi perkara penting bagi umat Islam memahami maksud dan pengertian di sebalik sejarah penting itu terhadap kehidupan seharian
sebagai umat Islam sejati.Katanya, umat Islam perlu menghayati dan menterjemahkan pengertian ibadah korban dalam kehidupan seharian bagi membolehkan mereka memiliki daya saing serta mempunyai jati diri yang kuat bagi
menghadapi cabaran semasa.
“Dunia sekarang yang semakin mencabar menuntut setiap individu untuk lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan, malah sedia berkorban demi agama, bangsa dan negara,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana Bersama Penggali Kubur anjuran bersama Umno Bahagian Kuala Langat dan JKKKP Kuala Langat.
Pada program di pekarangan rumah Ketua Umno Cawangan Jalan Bambu, Ismail Surip itu, sembilan ekor lembu telah dikorbankan, turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusof.
Beliau yang juga Yang Dipertua JKKKP Kuala Langat berkata, selain meraikan hari kebesaran dengan penuh rasa syukur, mereka turut meraikan golongan penggali kubur dalam Kuala Langat yang
memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Kemaskini pada 2016-05-27 12:09:30 daripada Administrator