BANDAR SAUJANA PUTRA - Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam proses mengkaji keperluan pemasangan bonggol di kawasan tumpuan di sini.
Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, LLM telah memberi maklum balas kepadanya melalui surat dan memohon kerjasama pihak Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) membuat kajian untuk melaksanakan pemasangan bonggol berkenaan.
“Pemasangan speed breaker (bonggol) boleh mengelakkan pemandu membawa kenderaan mereka dengan laju terutama di laluan sebelum memasuki bulatan Bandar Saujana Putra.
“Bahagian pemantauan operasi meminta pihak SKVE memberi maklum balas dengan segera terhadap keberkesanan pemasangan kemudahan itu di laluan sebelum memasuki bulatan Bandar Saujana Putra itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pemasangan itu perlu bagi membantu melancarkan lalu lintas selain mengelakkan berlakunya masalah lain.
Sebelum ini katanya, pemasangan bonggol turut dipohon dipasang di kawasan berhampiran dan sudah bina.
“Berikutan itu, pemasangan di sebuah lagi kawasan tumpuan itu perlu bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
TARIKH : 27 OKTOBER 2015
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE
TARIKH : 27 OKTOBER 2015
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE
Kemaskini pada 2016-05-27 12:07:23 daripada Administrator