WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Bantu beli peralatan perniagaan


image
BANTING - Hasrat penerima pinjaman Tekun mendapatkan pinjaman untuk membeli peralatan perniagaan tercapai apabila dipilih menerima bantuan itu, semalam.
 
Seorang peniaga buah dan air soya, Hairun Niza Aspani, 50, berkata, dia yang sebelum ini menggunakan wang modal untuk membuat pusingan perniagaannya tidak pernah terfikir untuk membuat pinjaman.
 
"Sampailah satu hari, makcik dapat tahu pasal skim berkenaan dan tergerak hati nak buat permohonan kali pertama untuk beli mesin buat asam.
 
“Makcik ada mesin tapi yang kecil saja, jadi tergerak hati pula nak beli yang besar memandangkan hasil asam yang dihasilkan pun dah banyak.
 
“Walaupun makcik jual buah jambu tapi permintaan buah jambu ni tinggi dan makcik buat asamnya sendiri supaya lebih sedap dan tak rugi,” katanya yang memperolehi pendapatan RM600 sehari.
 
Bagi pengusaha biskut dan kuih, Rohaida Mustafa, 46, berkata, walaupun menjalankan perniagaan kuih dan biskut di rumah namun tidak mematahkan semangatnya untuk meluaskan perniagaannya.
 
Katanya, dia memohon pinjaman RM5,000 sebagai pusingan modal untuk perniagaannya.
 
“Sebelum ini memang akak guna duit sendiri hasil keuntungan yang diperoleh melalui jualan biskut dan kuih.
 
“Alhamdulillah perniagaan akak dapat sambutan dan terima tempahan setiap masa. Akak harap sangatlah tempahan tak putus selagi mana akak masih mampu buat kuih dan biskut ni,” katanya ketika ditemui di Pejabat Tekun semalam.
 
Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau akan terus menyokong usahawan  baru atau lama yang mahu mendapatkan pinjaman.
 
“Paling penting, bila dah dapat pinjaman gunakan sebaiknya dan jangan pula gunakan untuk kegunaan lain dan akhirnya tidak mendapat pusingan modal apa-apa.
 
“Saya mahu peminjam membayar balik mengikut jadual yang ditetapkan supaya memudahkan pihak pengurusan,” katanya.
 
Menurutnya, beliau tidak mahu kemudahan yang disediakan ini tidak dimanfaatkan dan rakyat juga berdepan dengan kerugian.
 
"Tidak salah berniaga menggunakan pinjaman kerana dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga nanti," katanya.
TARIKH : 27 OKTOBER 2015
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE

 

Kemaskini pada 2016-05-27 12:07:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356114 Tarikh Kemaskini : 24 04 24