BANTING - Pihak polis IPD Kuala Langat sedang memburu sekumpulan lelaki warga tempatan yang dipercayai cuba melarikan wang di mesin ATM sebuah pasar raya awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira - kira jam 2.30 pagi itu tiga pengawal keselamatan diikat oleh tujuh lelaki bertopeng sebelum melakukan cubaan merompak.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, ketika kejadian tujuh lelaki dipercayai warga tempatan berjaya membuka pintu mesin ATM terbabit menggunakan tukul besi namun gagal mengeluarkan wang.
Menurutnya, dua pengawal keselamatan berbangsa India dan seorang warganegara Nepal yang diikat turut kehilangan wang tunai anggaran sekitar RM 300 sebelum kumpulan suspek terbabit melarikan diri.
TARIKH : 29 OKTOBER 2015
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE
TARIKH : 29 OKTOBER 2015
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE
Kemaskini pada 2016-05-27 12:07:15 daripada Administrator