Murid Kafa diancam hakisan tebing
TELOK DATOK - Murid Sekolah Kafa Integrasi As Syariff, Telok Datok terdedah bahaya apabila projek bina tebing sungai bagi mengelak hakisan disiapkan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.
TELOK DATOK - Murid Sekolah Kafa Integrasi As Syariff, Telok Datok terdedah bahaya apabila projek bina tebing sungai bagi mengelak hakisan disiapkan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.
Pengerusi Pentadbirannya, Zawalajam Mashod berkata, projek membina tebing telah dimulakan sekitar dua bulan lalu dan siap sepenuhnya.
Menurutnya, sepatutnya selepas siap projek berkenaan, pihak kontraktor menaikkan tembok sebagaimana dimaklumkan kepada pihak sekolah.
“Tapi, sebaik sahaja siap mereka tak dapat siapkan tembok berkenaan dan murid terdedah dengan bahaya tidak sampai 50 meter dari sungai.
“Pihak sekolah sudah beberapa kali memaklumkan kepada pihak kontraktor, namun mereka tetap beri alasan tidak dapat pembayaran selain tidak dapat wang pusingan modal,” katanya kepada Sinar
Harian. Ketua Guru, Mufidah Masroni berkata, perkara ini juga sudah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun tiada jawapan juga.
Sehingga kini pihak Kafa mengambil inisiatif sendiri meletakkan tali amaran dan sentiasa membuat pemantauan ke kawasan berhampiran bagi mengelak murid berada di kawasan tersebut.
“Kami bimbang jika murid bermain di kawasan ini hingga menyebabkan kemalangan.“Setiap masa saya akan arahkan guru awasi murid sebab bimbang mereka akan ke kawasan tebing
sungai,” katanya.Mufidah berkata, beliau dimaklumkan tembok akan dibina seperti dijanjikan tetapi tidak tahu bila dan berharap ia dapat disegerakan.“Selain itu, saya tak nafikan lokasi sekolah juga agak kurang sesuai sebab berhampiran selekoh
dan amat bahaya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau telah meninjau kawasan yang disuarakan dan ternyata amat berbahaya.
Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau telah meninjau kawasan yang disuarakan dan ternyata amat berbahaya.
Katanya lagi, beliau mendesak pihak bertanggungjawab membina segera tembok seperti dijanjikan dan jangan beri alasan tiada pusingan modal kerana ia mengancam keselamatan murid.
“Garisan amaran itu boleh dilihat di luar pagar sekolah dan perlu diberi perhatian segera susulan pihak sekolah sudah beberapa kali menghantar permohonan.
“Saya harap sangat segera diambil tindakan dan saya sendiri akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang terlibat untuk ambil tindakan,” katanya.
Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat juga digesa supaya menyediakan peruntukan khas bagi pembinaan tembok sekiranya perlu bagi mengelak murid terdedah kepada bahaya.
Kemaskini pada 2016-05-27 11:58:05 daripada Administrator