WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Waspada sebelum menderma

Waspada sebelum menderma

image
KUALA LANGAT - Tabung derma daripada badan-badan kebajikan di masjid-masjid sebenarnya boleh dipantau dalam usaha mengambil tahu wujudnya sesebuah institusi kebajikan itu atau tidak.
 
Imam Masjid As Syarif, Telok Datok, M S Rafhan Sanusi, 44, berkata, beliau mengakui rakyat Malaysia hari ini mudah memberikan sesuatu (menderma) kepada golongan yang memerlukan tanpa

menyelidik sendiri sama ada mereka benar-benar memerlukan atau menyalahgunakan.
 
Bagaimanapun terdapat penderma yang berprasangka buruk terhadap peminta derma sedangkan sepatutnya mereka perlu ikhlas dalam menyumbangkan derma itu.
 
“Sebagai contoh, baru-baru ini saya  didatangi seorang lelaki dari Kelantan memberitahu dia kehilangan kad pengenalan dan meminta RM100 untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kad pengenalan kerana hilang.
 
“Saya bagi tahu kalau nak buat kad pengenalan kena pergi ke Kuala Lumpur kerana boleh siap cepat. Oleh sebab dia setuju nak ke sana, dia minta saya hantar ke Perhentian Bas Banting dan saya pun hantarlah.
 
“Tapi tergerak hati nak intai dia jujur atau tak, betul ke dia naik bas? Gerak hati saya benar dia tak naik bas pun dan terus beredar,” katanya yang menganggap RM100 itu bukan rezekinya tapi hak lelaki terbabit.
 
Rafhan berkata, bagaimanapun, situasi itu sebenarnya perlu diberi perhatian, sekurang-kurangnya tiada orang lain terkena.
 
Katanya, ramai juga yang ingat imam masjid juga mempunyai kuasa mengutip derma tetapi sebenarnya tidak dan perkara itu perlu ditegaskan dalam mana-mana perjumpaan.
 
“Sebagai imam, saya nasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam menderma kepada mana-mana badan kebajikan kerana bimbang ia palsu dan tidak sah.
 
“Jika perlu, pergi siasat atau hubungi badan kebajikan tersebut supaya tidak berlaku perkara yang merugikan dan kita sendiri tak rasa sangsi dengan badan kebajikan berkenaan," katanya.
 
Kami tak halang Sementara itu, seorang pengusaha kedai serbaneka yang enggan dikenali berkata, di kedainya terdapat satu tabung derma yang diletakkan oleh sebuah badan kebajikan sejak hampir dua tahun lalu.
 
Menurutnya, pihak terbabit akan datang tiga bulan sekali mengambil duit dalam tabung berkenaan dan mengira jumlah wang tabung yang ada, sebelum memberi resit kepadanya sebagai bukti jumlah duit diambil.
 
“Saya tak pernah tanya kenapa dia beri resit kepada saya, seolah-olah saya pula yang menderma wang berkenaan kepadanya.
 
“Saya tak ambil tahu sangat, cuma yang maklum pengurusan badan kebajikan itu berada di Petaling Jaya dan derma itu untuk kanak-kanak terencat akal. Saya tak rugi apa-apa pun,” katanya mengakui ramai yang menghulurkan derma  ke tabung yang diletakkan di kedainya.
 
Pengusaha kedai terbabit memaklumkan terdapat juga beberapa kedai lain memiliki tabung yang sama, namun tidak pasti masih wujud atau tidak.
 
Bagi pengusaha restoran makanan di Sepang yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, restorannya turut diletakkan sebuah tabung derma milik sebuah pusat kebajikan anak yatim sejak setahun lalu.
 
Katanya, dia tidak halang wakil berkenaan meletakkan tabung di kedainya tetapi berharap ia tidak disalahgunakan.
 
“Pakcik tak kisahlah orang yang datang kedai pakcik ni derma, tu rezeki badan kebajikan tu, cumanya pakcik harap sangat si pengutip derma ni jujurlah, tak tipu kita semua.
 
“Pakcik pun tak ada pula nak soal banyak-banyak sebab pak cik niat nak tolong mereka, biar kita semua dapat pahala,” katanya. Jangan guna kanak-kanak
 
Sementara itu, Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Zawalajam Mashod berkata, beliau kesal dengan taktik pengurusan sebuah badan kebajikan yang menggunakan kanak-kanak mengutip derma di tempat awam termasuk di bank dan stesen minyak.
 
Menurutnya, beliau tidak pernah meletakkan tabung derma di mana-mana tempat awam sebagai platform untuk mendapat dana yang lebih tetapi sekiranya sesebuah pihak membuat permohonan mahu meraikan penghuni rumah amalnya dalam satu majlis dan menyediakan tabung derma untuk tetamu yang hadir, beliau akan tunaikan.
 
“Kalau saja-saja letak kat kedai ke, penghuni sendiri kutip derma di tempat awam ke memang saya tak benarkan kerana boleh mewujudkan keraguan dalam masyarakat.
 
“Biarlah pihak pengurusan sendiri mencari jalan bagaimana hendak mencari dana untuk memajukan dan memberi kemudahan terbaik kepada penghuni rumah amal mereka,” katanya yang bimbang dengan situasi tidak jujur sesetengah badan amal yang terdapat di Malaysia mengutip derma.
 
Zawalajam berkata, beliau mengakui kadangkala edaran risalah, hebahan melalui laman sosial dan hebahan nombor akaun juga belum tentu dapat mencari dana yang besar berbanding menggunakan ikon kanak-kanak mengutip derma.
 
Namun katanya, beliau percaya rezeki mana-mana badan kebajikan yang ada di seluruh Malaysia ini ada, sekiranya niat badan amal itu baik.
 
“Ini tak, lepas wujudkan badan amal, mulalah gunakan cara yang kurang sihat untuk kutip derma sedangkan kita tahu rakyat Malaysia ni ramai yang cari badan kebajikan itu sendiri untuk bagi derma.
 
“Paling tidak pun kita masih usahakan promosi badan amal kebajikan yang kita tubuhkan supaya masyarakat prihatin dengan kewujudan badan amal yang benar-benar wujud dan operasi di negeri mereka khasnya di kawasan mereka sendiri,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-27 11:57:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354792 Tarikh Kemaskini : 19 04 24