WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

PENGAMBILAN TANAH

 

PENGAMBILAN TANAH


 

DEFINISI

Mengambil mana - mana tanah milik menerusi proses undang - undang bagi segala bentuk pembangunan fizikal yang memerlukan tanah untuk dijadikan sebagai

tapak dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, walaupun tuan tanah tidak bersetuju menjualnya dan tawar - menawar mengenai harga tidak diperlukan.

 

TUJUAN PENGAMBILAN TANAH

a) Untuk maksud awam

b) Oleh mana - mana orang atau perbadanan untuk maksud mengikut pendapat Pihak Berkuasa Negeri dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi

    Malaysia atau sebahagian daripadanya / manfaat kepada orang awam secara umumnya / kepada suatu kelas orang awam dan untuk maksud perlombongan

   / perumahan / pertanian /  perniagaan / perusahaan atau maksud rekreasi.

c) Mana - mana kombinasi daripada maksud itu.

 

TANAH - TANAH YANG BOLEH DIAMBIL

1. Tanah milik.

2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik seperti A.A atau Surat Akuan / melalui catatan dalam Daftar Pegangan di bawah Akta Tanah

    (Kawasan - Kawasan Penempatan Berkelompok)

3. Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat seperti tanah yang diduduki oleh Orang Asli turun - temurun (tidak termasuk kawasan rayau).

4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.

 

ORANG BERKEPENTINGAN

Orang yang berkepentingan seperti berikut berhak mendapat pampasan:

a) Penduduk atas tanah.

b) Pemilik tanah.

c) Orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar seperti pemegang gadai, pemegang pajak, pemegang pajak pajakan kecil, pemegang gadai pajaan

    dan pemegang ismen.

d) Orang yang berkepentingan yang lain seperti pentadbir, pemasuk kaveat, pemegang lien, pemegang lien pajakan, pemegang (donee) suratkuasa wakil

     (Power of Attorney), Pegawai Pemegang Harta, Pemegang Amanah, Wasi dan sebagainya.

e) Orang yang menuntut (Claim) kepentingan dalam pampasan.

 

 

Muat Turun Panduan Permohonan Urusan Tanah

Muat Turun Borang Permohonan

 


Kemaskini pada 2016-10-11 14:51:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350413 Tarikh Kemaskini : 29 03 24