WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

‘Susahnya hanya ALLAH yang tahu’

‘Susahnya hanya ALLAH yang tahu’

image

25 OKTOBER 2016

KUALA LANGAT - Pasangan suami isteri yang mengusahakan perkhidmatan membasuh karpet di Taman Setia Jaya, Banting terpaksa menghentikan perkhidmatan buat sementara waktu disebabkan gangguan air yang berlaku sejak kelmarin.

Seman Jantan, 68, berkata, masalah itu benar-benar mengganggu rutin harian mereka selain terpaksa menunggu bekalan air daripada lori tangki.  

Seman berkata, sebelum ini dia menjalankan perkhidmatan membasuh karpet dengan menggunakan simpanan air yang disimpannya semasa gangguan bekalan air sebelum ini.

“Tapi pagi ini (semalam) saya bagi tahu isteri kena berhenti basuh karpet pelanggan sementara waktu.

“Kita kena jimat air yang ada...Insya-ALLAH pelanggan faham sebab masalah ni libatkan sebahagian besar pengguna air di Kuala Langat," katanya.

Sementara itu, isterinya, Rahmah Sharif, 65, pula memberitahu, dia kini tinggal bersama anak dan cucu-cucunya berumur dalam lingkungan dua hingga 12 tahun.

“Tahu sajalah bila ada budak-budak, mana nak uruskan mereka...nak masak lagi. Bila tiada air, susahnya hanya ALLAH yang tahu," katanya.

Jiran pasangan itu,  Haslina Daud, 53, berkata, dia bercadang untuk mencari air mineral di Pekan Banting disebabkan kebanyakan air di kedai yang berhampiran telah pun kehabisan stok.

Katanya, dia berharap aktiviti pengusaha kilang-kilang haram yang melakukan aktiviti pencemaran ini dihentikan.

“Hari ini banyak urusan tak boleh nak buat, sebab tak ada air.

“Penduduk kat sini pun selalu sembang-sembang pasal masalah ni, tak sangka pula berlaku lagi lebih dari dua kali bulan ni," katanya.

Seorang suri rumah,  Linda Daud, 50, berkata, dia yang menjaga seorang anak orang kurang upaya (OKU) berumur 16 tahun mengakui berdepan dengan kesulitan berikutan masalah ketiadaan air.

“Nak uruskan anak OKU bukan senang nak mandikan atau lap badan dia...Akak harap masalah air ni segera atasi dan tak membebankan penduduk Kuala Langat," katanya.

 

Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2016-10-27 10:30:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424411 Tarikh Kemaskini : 19 01 25