WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Laluan alternatif ambulans dibina

image

Abdul Razak turut melawat tapak laluan alternatif bagi kegunaan ambulans bersama Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli dan Sabrina.

 

15 Nov 2016

BANTING - Kerja-kerja pembinaan laluan alternatif untuk kegunaan ambulans di Hospital Banting sedang rancak disiapkan.

Difahamkan, aduan pelanggan hospital termasuk ahli keluarga pesakit yang beberapa kali pernah disiarkan Sinar Harian sejak empat tahun lalu bakal menarik nafas lega dalam melihat perkhidmatan ambulans di hospital terbabit dapat berjalan dengan lancar.

Pengarah Hospital Banting, Dr Sabrina Che Abd Rahman berkata, pihaknya menerima peruntukkan daripada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak RM61,000 untuk membina laluan keluar alternatif bagi ambulans sepanjang 20 meter.

Menurutnya, tidak dinafikan pihaknya terpaksa memohon jasa baik pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dalam memohon melalui kawasan itu untuk kegunaan ambulans selepas berdepan dengan pelbagai masalah kesesakan lalu lintas di hadapan hospital.

“Mujur dapat maklum balas yang baik dan pihak hospital bakal memanfaatkan kemudahan itu bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Kita juga mahu laluan untuk kegunaan ambulans terutama ketika waktu puncak itu dapat menjamin kelancaran ambulans dalam masa kecemasan untuk keluar dari hospital membawa pesakit,” katanya ketika mengadakan lawatan ke kawasan kerja-kerja pembinaan laluan alternatif bagi kegunaan ambulans di Hospital Banting.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, pihaknya menjangkakan laluan itu dapat digunakan pada Disember ini apabila kerja-kerja menurap jalan selesai.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Zailan Tasir dalam membenarkan tembok laluan tersebut dibuka untuk membantu ambulans membawa pesakit di waktu kecemasan menggunakan susur keluar di hadapan IPD Kuala Langat.

“Masalah timbul apabila mereka terpaksa menunggu agak lama apabila keluar dari hospital untuk mendapat laluan pengguna kenderaan lain. Ada pula pemandu yang tidak bertoleransi untuk beri laluan ambulans, sebab itu kita cari jalan untuk gunakan laluan alternatif sebagai usaha melancarkan perjalanan ambulans,” katanya..

 

* Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2016-12-14 15:01:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356917 Tarikh Kemaskini : 26 04 24