Hafez (kiri) memerhati Sulaiman dan Jefrizal sedang mencuba sukan memanah.
14 Disember 2016
KUALA LANGAT - Lebih 300 komuniti Kampung Batu 9 Kebun Baru menyertai Hari Sukan Komuniti sempena Maulidur Rasul dengan menyertai pelbagai aktiviti termasuk sukan memanah dan berkuda yang diminati oleh Nabi Muhammad SAW.
Lebih menggembirakan penduduk apabila futsal melibatkan 16 pasukan dalam Kampung Batu 9 Kebun Baharu, memancing di parit sekitar dan mengaktifkan sukan memanah serta sukan menunggang kuda turut diadakan sebagai tarikan yang jarang sekali diadakan.
Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parlimen Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, pihaknya bersetuju membaik pulih gelanggang futsal yang terlalu uzur manakala Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli bersetuju membantu baik pulih jalan masuk ke Surau Nurul Sham.
"Jalan masuk dan gelanggang juga menjadi kegunaan bersama pusat tahfiz Maahad Tahfiz Darul Quran yang menempatkan hampir 70 murid," katanya ketika ditemui pada program bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di sekitar perkarangan Surau Nurul Sham, Jalan Merbok, Batu 9 Kebun Baharu itu.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Langat, Hafez Shuriddin, Pengetua Mahaad, Istaz Iqbl Harun dan Pengerusi JKKP Kampung Batu 9 Kebun Baharu, Saari Rohani turut hadir memberi sokongan.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2016-12-14 15:06:32 daripada Administrator