Anggap PR1M rezeki cuti sekolah
Shafarina bersama tiga anaknya gembira menunjukkan wang tunai RM1,000 yang dimenangi melalui PR1M.
25 DIs 2016
TELOK PANGLIMA GARANG - “PRIM (Peraduan Rakyat 1Malaysia) ni baru dua kali je akak hantar, waktu musim cuti sekolah ni dan masa PRIM Aidilfitri lalu...tak sangka pula bertuah,” kata pemenang PRIM, Shafarina Husain, 34, dari Taman Dato Hormat, Banting.
Shafarina berkata, dia menganggap rezeki cuti sekolah apabila menerima panggilan telefon daripada Sinar Harian memaklumkan memenangi wang tunai RM1,000.
Menurutnya, ketika itu, dia tergerak hati menghantar peraduan tersebut selepas melihat soalannya begitu mudah dan segera menjawab soalan sebelum menghantar ke Pejabat Pos Telok Panglima Garang.
“Saya sengaja minta anak sulung, Ahmad Akmal Hazman beli akhbar Sinar Harian sebab bukan saya sahaja boleh baca tapi mereka pun boleh baca berita setempat.
“Bila saya belek akhbar, nampak soalan PRIM tu macam senang, terus saya jawab soalan dan hantar.
“Tapi masa tu, memang tak harap menang sebab 'saja-saja' isi,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Shafarina berkata, pada awalnya dia langsung tidak memberitahu suaminya, Haini Ismail, 45, yang dia menghantar borang PR1M sehinggalah mendapat berita dia menang.
"Suami tumpang gembira dan saya berhasrat membelanjakan sebahagian wang tersebut untuk keperluan diri dan juga persediaan perbelanjaan wang saku ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah," katanya.
Dia bersyukur dengan rezeki cuti sekolah yang diperolehnya ini dan berharap Sinar Harian meneruskan PR1M sebagai tarikan pembaca untuk terus setia dan langgan akhbar komuniti nombor satu itu.
Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-01-05 11:39:32 daripada Administrator