Seorang maut kemalangan tiga buah lori
Keadaan tiga buah lori yang terlibat dalam kemalangan di SKVE pagi tadi.
13 mac 2017 - KUALA LANGAT - Seorang mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di Lebuhraya SKVE menghala ke Pulau Indah, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira -kira jam 8.52 pagi itu, melibatkan kenderaan berat yang membawa muatan kimia termasuk lori bermuatan bahan kimia Toluene, lori membawa muatan gas memasak dan sebuah lagi lori kontena terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba Banting, Pelabuhan Klang dan Shah Alam bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.
Menurutnya, laporan awal mendapati dua mangsa lagi terlibat dalam kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut.
"Seorang mangsa yang maut masih berada di dalam sebuah lori kerana terdapat kebocoran kecil pada lori yang membawa muatan kimia,"katanya.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-03-16 15:18:59 daripada Administrator