WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Tak sanggup nak belanja mahal

Tak sanggup nak belanja mahal

image

Pelanggan menikmati juadah yang disediakan.

9 Jun 2017 - KUALA LANGAT - Bufet Ramadan yang menawarkan harga rendah menjadi pilihan orang ramai berbuka puasa secara berkumpulan sama ada bersama rakan dan keluarga.

Orang awam, Zainiza Dahusin, 42, berkata, terdapat restoran dengan suasana lebih selesa namun menyediakan pakej tidak masuk akal dan sama sekali tidak akan membelanjakan wangnya ke restoran tersebut.

“Bagi saya, cukuplah sekadar merasai suasana berbuka di luar sekali dalam sebulan bersama keluarga selain menganggapnya sebagai reward untuk anak-anak.


“Kalau nak berbelanja RM70 ke RM100 untuk satu kepala tu memang tak lah. Lebih baik saya beli makanan kat bazar Ramadan saja, macam-macam boleh dapat,” katanya yang turut memberi keutamaan kepada restoran yang menyediakan makanan barat dengan harga berpatutan.

Zainiza berkata, pemilihan bufet makanan sebenarnya menjadi antara faktor dia dan keluarga berhasrat meluangkan masa bersama keluar berbuka di luar.

"Jika hari biasa di rumah mesti makan nasi, jadi bila makan bufet biarlah makan lain dari lain sikit. Nak bagi anak-anak pelbagai pilihan makanan," katanya.

Seorang ibu, Rogayah Mamat, 56, berkata, dia sering menikmati juadah berbuka secara bufet di restoran popular di sekitar Lembah Klang setiap kali Ramadan atas pelawaan anak-anak dan suami.

“Kalau saya nak pergi sendiri dan keluarkan duit dengan jumlah yang besar untuk makan saja macam tak munasabah. Tapi bagi saya itulah cara dan peluang yang ada untuk berkumpul bersama keluarga.

“Lagipun anak-anak yang belanja dan permintaan mereka juga untuk saya turut serta, jadi dapatlah saya merasa walaupun dikenakan caj yang agak mahal,” katanya.

Rogayah berkata, bagaimanapun pelanggan boleh memilih pakej bufet Ramadan yang sesuai dengan poket masing-masing dan bukanlah disebabkan terikut-ikut dengan keadaan yang seolah-olah sudah menjadi budaya generasi kini.


Harga sama dengan masak di rumah

Seorang suri rumah, Rahimah Abd Majid, 49, berkata, harga bufet RM40 seorang adalah mahal baginya yang boleh menyediakan masakan untuk tiga ahli keluarganya dengan harga sama.

“Kalau saya tak lah sampai nak bazir duit bayar pakej tu, kalau makan pun bukan banyak mana, terasa rugi sangat.

“Tapi saya peliklah, masyarakat masih boleh menghabiskan wang yang banyak untuk makan di luar walaupun harga tinggi,” katanya.

Menurut seorang lagi suri rumah, Arbaiah Salleh, 48, berbuka puasa di rumah lebih nikmat berbanding di restoran.

"Saya selesa lagi di rumah sebab bebas hendak makan waktu bila selepas waktu berbuka. Tak seperti di restoran terpaksa kejar masa hendak solat, beratur ambil makanan. Lagipun dengan pilihan pelbagai makanan boleh menyebabkan nafsu makan kita juga bertambah.

“Saya bimbang jika pembaziran berlaku, jika ambil macam-macam hidangan nanti. Kalau di rumah, boleh agak makan banyak mana dan sebagai ibu kita pun dah pandai bajet nak sediakan makanan banyak mana,” katanya.


Tawar bufet kurang RM30

Sementara itu, Pengurus Saha Cafe and Fruit Bar, Jummiah Buimin, 53, berkata, restorannya menyediakan bufet Ramadannya termasuk masakan barat dengan tawaran harga kurang daripada RM30 seorang.

“Restoran kami antara yang menyediakan harga mampu bayar dengan caj RM29.90 untuk dewasa, pelajar pula RM22.90 dan kanak-kanak RM20.90 selain RM18.90 bagi warga emas sementara percuma bagi kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

“Pilihan harga itu menjadikan pengunjung tak putus-putus memilih untuk berbuka di tempat kami disebabkan harga yang ditawarkan sangat berpatutan,” katanya yang mengakui bukan sahaja pengunjung dalam kalangan penduduk tempatan  sahaja singgah, malah pelanggan dari luar turut menikmati bufet Ramadan yang disediakan.

Menurutnya, tiada isu makanan tidak habis kerana juadah dihidangkan mendapat sambutan ramai pelanggan.

"Apabila selesai jamah kuih-muih, mereka berhenti untuk solat dan ada yang bersambung semula makan makanan yang berat. Kerana itulah isu pembaziran tak berlaku malah, dengan caj yang dikenakan bawah RM30 itu dilihat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan kami.

“Apapun kami bersyukur restoran kami antara pilihan terbaik pengunjung untuk mendapatkan caj yang murah,” katanya.

Pengusaha bijak cari kelainan

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa restoran makan yang sebelum ini menyediakan makanan tomyam menyaksikan promosi makanan turut dipamerkan sempena Ramadan sebagai tarikan pelanggan.

Menurut seorang peniaga, yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Lina berkata, pada awalnya dia merancang menutup restorannya sebulan disebabkan bimbang tiada sambutan.

“Tapi selepas memikirkan sambutan bufet Ramadan yang kini menjadi pilihan pengunjung, saya tekad meneruskan niat. Tak sangkalah, walaupun saya kenakan caj lebih RM40 untuk satu kepala, masih mendapat sambutan pelanggan.

“Saya fikir, mengenai harga tak ada masalah asalkan juadah yang disediakan restoran mempunyai pilihan,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-06-13 12:15:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350482 Tarikh Kemaskini : 29 03 24