Sultan Selangor rasmi Masjid Sungai Lang Baru
Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima zakat.
12 Jun 2017 - KUALA LANGAT - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat merasmikan Masjid Sungai Lang Baru dan berbuka puasa bersama penduduk, di sini, petang tadi.
Baginda tiba kira-kira jam 6 petang tadi disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Terdahulu, sebaik sahaja keberangkatan baginda ke masjid itu, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada fakir dan miskin serta saudara baharu.
Seramai 294 fakir dan miskin serta seramai 134 saudara baharu menerima RM 500 setiap seorang sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Sultan Sharafuddin dan rakyat kemudiannya diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum menyampaikan titah perasmian dan seterusnya menyempurnakan titah perasmian masjid berkenaan.
Kerja -kerja pembinaan Masjid Sungai Lang Baru pada tahun 1976 dengan peruntukan sebanyan RM50,000 yang disumbangkan oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1978, akhirnya masjid ini telah disiap dibina dan mapu memuatkan sehingga 500 orang jemaah.
Terbaharu, projek pembesaran ruang solat masjidntelah dibuat pada Mac 2017 berikutan pertambahan bilangan ahli jemaah susulan kemunculan banyak projek perumahan di kawasan masjid.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-06-13 12:13:33 daripada Administrator