WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Pati keluar masuk jadi ancaman utama

Pati keluar masuk jadi ancaman utama 

image

Ab Rashid (dua, kanan) bermesra bersama pegawai daripada PGA dan ketua polis daerah.


22 jun 2017 - KUALA LANGAT - Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang cuba keluar dan mendarat ke negara ini merupakan ancaman utama dalam Ops Nyah 1 Selangor, sempena musim perayaan Aidilfitri.

Pegawai Pemerintah Medan, Asisten Superintendan Nik Mohd Shukri Nik Ahmad berkata, ini kerana mereka (Pati) menggunakan laluan yang tidak diwartakan sepanjang persisiran pantai Selangor.

Menurutnya, seramai empat pegawai dan 124 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipertanggungjawabkan untuk bertugas sepanjang ops yang bermula sejak 10 Jun lalu hingga 10 Julai depan.

"Berdasarkan maklumat dan risikan, kegiatan Pati ini melibatkan tekong laut, tekong darat, pelindung dan orang perseorangan.

"Selain itu, kita akan menahan dan menangkap selain merampas barang-barang penyeludupan yang tidak bercukai," katanya dalam Majlis Lawatan Kerja Timbalan Ketua Polis Selangor di Markas Taktikal PGA Morib, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Pati yang masuk dan keluar secara haram.

Mengulas tentang pelaksanaan tugas, rondaan akan dipertingkatkan selain mengumpul risikan daripada penduduk setempat. Kawalan akan diperketat di sepanjang perairan pantai yang dikenal pasti menjadi laluan masuk Pati.

"Sepanjang tempoh Ops Nyah 1 sehingga hari ini, tiga kejayaan berjaya dicatatkan dengan menahan 15 warga Indonesia dan 24 warga Bangladesh yang disiasat mengikut Akta Imigresen," katanya.

Terdapat 20 pos beroperasi di Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang Utara, Klang Selatan, Kuala Langat dan Sepang bagi mengaw persisiran pantai sepanjang 337 kilometer.

 

*Sumber : Sinar Harian Online

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, setiap petugas perlu berjaga 24 jam bagi memantau pencerobohan Pati yang menggunakan perairan di Selangor ini sebagai jalan haram.

"Keblakangan ini kita brdepan isu jenayah rentas sempadan dan kita dikategorikan salah satu negara yang merekodkan penyeludupan migran yang tinggi. Jadi, dengan kawalan dari PGA ini, ia dapat membantu dalam membanteras daripada berlakunya kegiatan tak diingini.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan ada berlakunya penyeludupan migran sepanjang musim perayaan. Sekiranya kita tidak kawal, pasti ramai pendatang dari negara lain cuba masuk ke negara kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar anggota petugas ini menjalinkan hubungan akrab dengan penduduk setempat bagi memudahkan mendapatkan maklumat dalam membantu penugasan.


Kemaskini pada 2017-07-03 11:32:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1357260 Tarikh Kemaskini : 27 04 24