WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Isu laluan sesak dapat perhatian


Isu laluan sesak dapat perhatian

image

22 jun 2017 - BANDAR SAUJANA PUTRA - Isu kesesakan lalu lintas di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat sebenarnya dalam pemerhatian pelbagai pihak.

Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tengku Datuk Mohamed Tengku Harun, pelbagai pihak dalam usaha menangani isu kesesakan lalulintas berkenaan setiap kali waktu puncak.

Menurutnya, beliau yang juga merupakan ahli majlis, Majlis Daerah Kuala Langat di kawasan itu turut menerima pelbagai aduan dan berusaha untuk membantu.

"Bagaimanapun saya sendiri sudah memanjangkan isu ini kepada semua yang terlibat termasuk pihak pemaju namun masih menunggu susulan.

"Saya faham pengguna di kawasan itu terpaksa berdepan dengan kesesakan yang sangat teruk dan menjejaskan waktu perjalanan mereka,"katanya kepada pemberita dalam Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Daerah Kuala Langat di Plaza Tol Saujana Putra, petang tadi.

Dalam program berkenaan sebanyak 400 "goodies" beg diedarkan kepada pemandu jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Saujana Putra oleh beberap wakil agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Pengangkutan dan Jalan, Polis Di Raja Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan wakil Pejabat Pusat Khidmat Masyarakt Dun Sijangkang.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman berkata, program tersebut diadakan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Katanya, tidak dinafikan sepanjang agihan dilakukan, kebanyakan pemandu memberitahu sudah dalam perjalanan pulang ke kampung selain mahu mengelakkn kesesakan lalu lintas.

"Namun saya percaya, laluan yang sering dikaitkan dengan kesesakan itu, bukanlah menjadi penghalang untuk pemandu menggunakan tol berkenaan malah kami sempat mengucapkan selamat jalan dan melakuka pemanduan berhemah.

"Pemandu jalan raya diharapkan dapat meningkatkan keselamatan di sepanjang perjalann pulang ke kampung,"katanya.

Hadir sama, Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SKVE, Zainal Alam Kamaruzzaman.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-07-03 11:35:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424413 Tarikh Kemaskini : 19 01 25