WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

KPKT luluskan bajet untuk kemudahan penduduk

KPKT luluskan bajet untuk kemudahan penduduk

image

9 Okt 2017 - BANDAR SAUJANA PUTRA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung dan menaiktaraf surau di Rumah Pangsa Impian di Bandar Saujana Putra sebagai usaha memberi kehidupan yang selesa kepada penduduk.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, keperluan itu dilihat perlu diutamakan memandangkan tiada lokasi riadah untuk golongan muda di kawasan itu.

"Kita memikirkan tiga aspek penting dalàm memberi keselesaan kepada penduduk pada masa akan datang di mana keperluan seperti taska atau tadika untuk anak-anak yang ibu bapanya keluar bekerja dibina di kawasan itu selain keperluan untuk golongan belia seperti gelanggang futsal dan penduduk yang bersara menjalankan aktiviti keagamaan di surau.

"Saya diberitahu ketiga tiga keperluan itu sangat diharapkan sekaligus kemudahan yang ada diharapkan dapat diselenggara dan dibaikpulih supaya dapat digunakan dengan selesa," katanya dalam Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat hari ini.

Noh berkata, peruntukan untuk melihat ada kebocoran atas bumbung di sini, air bertakung disebabkan aedes sehingga kadar denggi di sini meningkat,  dianggarkan dalam RM 360,000.

"Yang ini saya akan timbangkan dan tunggu laporan lengkap apa bantuan kita boleh bagi untuk atasi masalah air bertakung," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Rumah Pangsa Impian, Rosdi Omar berkata, keperluan sebuah gelanggang futsal amat diperlukan dan diharapkan oleh golongan belia di kawasan itu.

Katabya, buat masa ini belia-belia dilihat merayau ke kawasan lain dan sebahagiannya sanggup menghabiskan wang ke pusat siber bagi mengisi masa lapang.

"Sekiranya kemudahan gelanggang futsal dibina di kawasan itu membantu memberi peluang kepada belia dan penduduk di sini menjalankan aktiviti riadah.

"Penduduk di sini memang ramai dengan kapasiti 18 blok dan 1140 unit rumah menyebabkan pelbagai kemudahan ditagih oleh penduduk di sini," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu sebelum ini, penduduk di kawasan itu berharap semua bangunan di kawasan itu dapat dicat semula bagi mengembalikan keceriaan rumah lebih-lebih lagi ia terletak berhampiran lebuh raya.

 

*Sumber : Sinar harian online

 


Kemaskini pada 2017-10-12 12:23:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356630 Tarikh Kemaskini : 25 04 24