Perbaharui lesen elak kena tindakan: MDKL
Mohamad Zain
31 Okt 2017 - BANTING - Pemegang lesen perniagaan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) disaran supaya segera memperbaharui lesen perniagaan MDKL 2017 mulai 1 November hingga 31 Disember 2017.
Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, pemegang lesen perniagaan perlu berbuat demikian bagi memastikan tidak dikenakan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Menurutnya, denda20 peratus daripada jumlah bayaran lesen yang dibayar akan dikenakan terhadap pemilik lesen yang membuat bayaran pada 1 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.
"Peniaga yang tidak memperbaharui lesen perniagaan mulai 1 Mac 2018 lesen mereka akan terbatal, justeru perlu membuat permohonan baharu kepada MDKL.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-11-09 09:55:41 daripada Administrator