Bela nasib orang Melayu bandar
8.Nov. 2017 - KUALA LANGAT - Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dalam kalangan orang Melayu perlu duduk bersama segera bagi mencari satu dasar baharu yang lebih komprehensif dan kompetitif untuk memastikan kelangsungan bangsa tersebut di bandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata,dasar baharu yang progresif perlu dibentuk bagi mengelakkan nasib orang Melayu menjadi lebih buruk.
Menurutnya, sebagai contoh, majoriti orang Melayu di Selangor adalah generasi muda yang masih tidak memiliki rumah sendiri hingga terpaksa menyewa berpuluh-puluh tahun.
"Saya berpendapat, bagaimana generasi muda dalam kalangan orang Melayu boleh membeli rumah yang mencecah RM1 juta seunit.
"Semasa kita mentadbir Selangor kita bina rumah semurah RM25,000 seunit di Shah Alam untuk rakyat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun hari ini adakah masih lagi wujud rumah dengan harga sebegitu yang mampu dimiliki orang Melayu, "katanya kepada pemberita selepas Program Penerangan Isu-Isu Semasa Selangor di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jugra, malam tadi.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-11-09 10:03:37 daripada Administrator