PRU Tiada masalah jika koordinator tidak dilantik
15 DIS 2017 - KUALA LANGAT - Tiada istilah implikasi akan berlaku atau tidak sekiranya pengerusi koordinator tidak dilantik dalam pilihan raya umum akan datang.
Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, menjadi amalan apabila penyelaras dun atau pengerusi koordinator bertanggungjawab di peringkat dun dipilih menjadi calon.
Menurutnya, itu memang perkara biasa, tetapi pada saat terakhir terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan saat terakhir siapa yang layak.
"Mestilah mereka tengok prestasi penyelaras atau yang bertanggunggjawab dalam tempoh beberapa tahun dalam memegang jawatan tersebut selain faktor terhadap penerimaan rakyat.
"Bagi saya tidaklah menjadi satu amalan alternatif yang seseorang yang dilantik itu bakal menjadi calon," katanya kepada pemberita dalam Majlis Hi Tea Majlis Permuafakatan Parlimen Kuala Langat dan Persatuan Pesara Kerajaan (M) Cawangan Kuala Langat di Sri Langat, Pulau Carey, petang tadi.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-12-19 09:22:02 daripada Administrator