Polis masih siasat punca sebenar mangsa dibunuh
Keadaan di lokasi kejadian.
14 DIS 2017 BANTING - Pihak polis masih menyiasat punca sebenar mangsa dibunuh sebelum dibakar di Tanjung Sepat semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sehingga kini kes masih dalam siasatan pihak polis dan post mortem terhadap empat mayat sedang berlangsung di satu lokasi khas hari ini.
Menurutnya, manakala keterangan saksi mangsa berumur 12 tahun yang terselamat diambil sama seperti yang ditularkan dalam media sosial semalam.
Azizan Tukiman
"Buat masa ini saksi kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan pihak polis dan tiada tangkapan dilakukan sehingga kini," katanya.
Sebelum ini, kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.
Kanak-kanak itu memaklumkan detik-detik kejadian itu melalui satu video yang dirakam oleh jirannya yang berdurasi 1 minit 37 saat selepas kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-12-19 09:30:39 daripada Administrator