Tiga lokasi bina baharu gelanggang futsal
Nazeela Zulkiflee
21 DIS 2017 - KUALA LANGAT - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat mengenalpasti tiga lokasi baharu pembinaan gelanggang futsal bagi kegunaan masyarakat di daerah Kuala Langat.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Nazeela Zulkiflee berkata, satu lawatan tapak bagi tujuan pembinaan baharu gelanggang futsal telah dijalankan bersama pemimpin setempat ke beberapa buah lokasi sekitar Kuala Langat.
Menurutnya, antara cadangan pembinaan gelanggang baharu termasuklah di Jalan Kenangan, Batu 10, Padang Awam Taman Seri Putra dan Jalan Mentari di Bandar Mahkota.
"Kementerian Belia dan Sukan dalam Rolling Plan 3 (RP 3) Rancangan Malaysia ke11 (RMK 11) Tahun 2017 telah menyenaraikan cadangan naik taraf Glanggang Gutsal 1 Malaysia (GF1M) yang sedia ada dan yang bakal dibina baharu.
"Cadangan itu diharapkan memberi impak yang besar kepada masyarakat dalam usaha menarik minat mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan,"katanya kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas mengenai Lawatan Pejabat Belia dan Sukan ke Tapak Gelanggang Futsal Kuala Langat.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2017-12-27 11:42:48 daripada Administrator