RM5 juta bina Kompleks PPHL Kuala Langat
Anuar (dua kanan) melakukan gimik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang Sijangkang 2018 di Integrasi Anjung Budi, Sijangkang.
4 Februari 2018 - SIJANGKANG - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk membina sebuah Kompleks Pusat Pengumpulan Hasil Ladang(PPHL) Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Kuala Langat.
Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor, Anuar Mat Esa berkata, projek pembinaan dijangka bermula Oktober sebagai galakan peladang mengeluarkan hasil pertanian dan perniagaan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Menurutnya, LPP Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi melihat peruntukan itu bersesuaian dengan status PPK Kuala Langat sebagai PPK Jaya pada tahun lalu.
"Jadi, hasil penglibatan yang serius menjadikan premis itu sebagai pusat aktiviti yang aktif memasarkan pelbagai produk pertanian termasuklah cili, timun, halia dan kelapa.
"LPP Selangor juga mahu melihat kompleks itu nanti terus memfokuskan pemasaran cili fertigasi sebagai tarikan utama," katanya kepada Sinar Harian selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang Sijangkang 2018 di Integrasi Anjung Budi, Sijangkang.
*Sumber : Sinar Harian online
Kemaskini pada 2018-02-08 13:34:03 daripada Administrator