WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Baby Haq pergi jua

Baby Haq pergi jua....

image

9 April 2018 - KUALA LANGAT - Bayi yang menderita penyakit kanser darah, Muhammad Aqkheer Al 'Aerieq Mohd Nazib atau lebih dikenali dengan nama Baby Haqq telah menghembuskan nafas terakhir  di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur kira -kira jam 10.15 pagi tadi.

Menurut ibunya, Norhijah Abd Samat, 36, Baby Haqq  pergi meninggalkannya di pangkuan ribanya.

Walaupun sebak, beliau sudah dimaklumkan oleh doktor keadaan anaknya semakin lemah.

Difahamkan, jenazah Baby Haqq akan dikebumikan selepas Asar dan dibawa pulang ke rumahnya  di Sungai Buaya, Banting.

Dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook milik ibu Baby Haqq pada 7 April lalu, Norhijah ada menulis :

"Baby Haqq..

Mama izinkan utk engkau pulang Nakkk..bukan niat utk menghalau,fahamilah Nakkk tiada apa lagi yg tinggal di sini..hanya kesakitan dan kesengsaraan buat mu..

Baby Haqq..

Pecayalah,kasih dan sayang Mama tidak sedikit pun berkurangan malahan makin hari makin bercambah.

Baby Haqq..

Masih adakah keajaiban utk sekian kali???

Mama redha..Mama rela..pergilah Nakkk ke tempat yg abadi,nantikan Mama di sana..

Love u so much sayang ??"

Sebelum ini, kisah Baby Haqq tular selepas kisahnya disiarkan di  Sinar online dan  Facebook Sinar Harian  bertujuan memohon orang ramai mendoakan dan menghulurkan sumbangan untuk proses rawatannya.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-04-18 10:33:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354681 Tarikh Kemaskini : 19 04 24