Saksi digesa tampil bantu siasatan
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian
5 Julai 2018 - KUALA LANGAT - Saksi kemalangan langgar lari di Kilometer 26.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson berhadapan Pusat Perkhidmatan Nissan pada 28 Jun lalu diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, mangsa berkenaan, Cheong Thin Siong, 42, maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
"Mangsa yang merupakan orang kurang siuman telah lari dari Hospital Klang semasa ahli keluarga membawanya untuk menerima rawatan.
"Mangsa juga dikatakan telah berjalan kaki dari Klang menuju ke Morib sebelum terlibat kemalangan tersebut,"katanya.
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, Azizan berkata mangsa dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan berikutan terdapat serpihan komponen kenderaan terlibat.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit agar dapat menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0125432994 bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.
*Sumber : Sinar Harian Online
Kemaskini pada 2018-07-17 11:27:21 daripada Administrator