WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Petani rugi tanaman ditenggelami air

Petani rugi tanaman ditenggelami air
 

image 
Keadaan kawasan tanaman yang digenangi air

 image
Halaman rumah penduduk turut dinaiki air (Gambar kecil: Jalaludin, Norsuzila)

14 Januari 2019 - KUALA LANGAT – Kira-kira 50 petani di Kampung Olak Lempit, di sini mengeluh kecewa apabila tanaman kontan yang diusahakan mereka musnah ditenggelami banjir kilat, bulan lalu.Mereka mendakwa banjir sedalam 0.5 meter selama empat hari itu dipercayai akibat aktiviti perlombongan pasir di kawasan berhampiran.
Lebih menyedihkan, kejadian itu turut mengakibatkan kerugian kira-kira RM120,000.
Norsuzila Ahmad, 45, berkata, dia mengalami kerugian besar apabila tanaman keledek, keladi dan ubi kemili yang diusahakan musnah dalam sekelip mata.
Menurutnya, tanaman berkenaan hanya menunggu masa untuk dituai dan lebih mengecewakan apabila kesemuanya rosak dan tidak boleh dijual.
“Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Seolah-olah apa yang kami usahakan semalam sia-sia,” katanya ketika ditemui.
Norsuzila berkata, sebelum ini banjir kilat sering berlaku di kawasan berkenaan, namun tidak seteruk itu dan hanya berapa jam sahaja.
"Tapi kali ini air naik mendadak hingga paras lutut dan menenggelamkan tanaman. Akibatnya, semua musnah dalam banjir empat hari itu.
Justeru, Norsuzila yang sudah sembilan tahun mengusahakan tanaman berkenaan berharap pihak berkaitan dapat membantu menyelesaikan masalah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Terpaksa cari modal baru
Perkara sama turut berlaku kepada Jalaludin Salim, 56, yang sepatutnya boleh menuai hasil tanamannya Mei depan.
Bagaimanapun katanya, dia terpaksa mencari benih baharu untuk ditanam semula.
“Duit jualan itu sebenarnya boleh kami gunakan untuk belanja masa bulan puasa dan raya nanti. Tapi bila dah jadi macam ini, kami tak tahu mana nak cari duit belanja.
Jalaludin yang turut menjadi pembekal ubi dan keledek untuk kilang kerepek buntu kerana semua bekalan termasuk baja tanaman rosak dan tidak dapat diselamatkan.
"Memang setiap tahun kami bekalkan stok kepada mereka, tapi bila dah jadi macam ni, kami tak boleh nak buat apa-apa,” katanya sayu.
Menurutnya, kehidupan penduduk di kawasan itu banyak bergantung kepada hasil pertanian namun kejadian itu mengakibatkan modal mereka lebur tetapi tiada hasil dituai.
Dia mendakwa ada pihak yang mencadangkan pembinaan saliran tetapi tiada yang mampu kerana kos tinggi.
Sementara itu, Zulkarnain Abdul Hamid, 58, berkata, sebanyak 12 tan ubi kayunya yang hanya menunggu tempoh seminggu untuk dituai tenggelam dalam banjir.
“Memang langsung tak boleh diselamatkan. Semuanya busuk,” katanya yang turut mengusahakan tanaman nenas, dan sayur pucuk manis.
Menurutnya, kesemua petani itu tiada tempat mengadu dan berkongsi pandangan kerana belum ada ketua kampung.
“Kalau ada ketua kampung, senang nak rujuk dan minta pandangan. Tiada siapa nak dengar keluhan dan rintihan kami,” katanya.

 

Rumah turut dinaiki air
Dalam pada itu, penduduk, Azizul Baharom, 31, berkata, rumahnya bersama empat yang lain turut dinaiki air akibat banjir kilat berkenaan.
Azizul juga mendakwa, kejadian itu tidak berlaku sebelum ini dan hanya memenuhi parit sahaja.
“Banjir di halaman rumah separas lutut. Mujur tak masuk rumah. Kereta terpaksa diletakkan di tempat tinggi,” katanya.
Menurutnya, banjir kilat kali ini lambat surut.
Sementara itu, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat, Bohari Osman berkata, banjir kilat itu disebabkan limpahan air yang banyak ketika hujan lebat dan tidak dapat mengalir keluar ke Sungai Langat selain aktiviti perlombongan pasir di kawasan berhampiran.
Justeru, pihaknya bercadang membina penyelenggaraan pam air di Sungai Kuala Langat bagi membolehkan air dipam dari kawasan terjejas banjir.
“Namun ia bergantung sama ada cadangan itu diluluskan atau sebaliknya. Jika diluluskaan, projek menelan belanja RM6 juta itu mungkin akan dimulakan hujung tahun ini,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-01-22 12:02:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356867 Tarikh Kemaskini : 26 04 24