WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sinar Harian terima Anugerah Media Tahunan MDKL

Sinar Harian terima Anugerah Media Tahunan MDKL

image

Antara warga media yang diraikan dalam majlis semalam.

KUALA LANGAT - Ketelusan Sinar Harian dalam melapor dan menyiarkan berita diberi penghargaan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), hari ini.

Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Selangor/KL, Nur Farhana Abdul Manan dan Wartawan Nasional, Nurul Firdaus Khairi menerima Anugerah Media Tahun 2018 dan membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM250.

Selain daripada Sinar Harian, beberapa media lain turut sama diberikan penghargaan dalam majlis yang diadakan bertempat di Bandar Rimbayu disini.

 

Majlis yang berlangsung gilang gemilang itu turut sama memberikan penghargaan kepada kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat yang memberikan khidmat bakti cemerlang.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat Mohamad Zain A Hamid berkata majlis ini diadakan sekaligus dalam memberikan penghargaan kepada agensi media yang banyak membantu dalam menghebahkan aktiviti dan pelbagai program yang direncanakan oleh Majlis Daerah Kuala Langat.

image

Nur Farhana(kanan) menerima anugerah media yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Menurutnya, dalam masa sama majlis turut sama memberikan penghargaan kepada kakitangan yang memberikan sepenuhnya komitmen dalam tugas.

"Sumbangan dan kerjasama media amat penting dan sekaligus pihak Majlis Daerah Kuala Langat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua media yang membantu.

"Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ini," katanya.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian serta majlis makan malam.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

 

* Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-03-18 11:49:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356503 Tarikh Kemaskini : 25 04 24