KILANG AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN
KUALA LANGAT - Pengurusan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd telah mengambil langkah-langkah pembetulan dan pencegahan terhadap aduan yang diterima daripada penduduk Kampung Jenjarom berhubung isu penyebaran bahan cemar dari aktiviti peleburan di kilang berkenaan.
Bagaimanapun menurutnya, pada 13 Disember 2017 berlaku kejadian kebakaran di kilang itu sehingga menyebabkan kira-kira 80 peratus kemudahan operasi termasuk 1,200 tan bahan mentah telah musnah.
Pakar beri amaran bahaya plumbum NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana Pencemaran plumbum: Kerajaan Selangor digesa ambil tindakan segera “Pakar Insuran Forensik dan Perunding Pemadam Kebakaran juga menasihati untuk reka bentuk pencegahan kebakaran bagi proses pembinaan kilang baru di mana pemasangan dan pentauliahan telah siap sepenuhnya pada penghujung Ogos tahun lalu,” katanya dalam satu sidang media, semalam. Ah Ban berkata, apabila kilang beroperasi semula pada September 2018, efluen air dan semua hasil pemantauan pelepasan udara yang dijalankan oleh pihak ketiga, berada dalam EQA 1974, bagaimanapun selepas operasi dua bulan iaitu pada November 2018 pihaknya telah menerima aduan awam mengenai asid yang ditemui di perimeter kilang. “Perunding kami telah terlibat secara langsung untuk mengenal pasti mengapa perkara ini berlaku semasa kesemua hasil sampel efluen menunjukkan tiada petunjuk mengenai air asid tersebut.
“Pada bulan Januari 2018, berdasarkan siri analisis dijalankan oleh perunding kami, isu-isu air berasid di sekeliling perimeter kilang disebabkan oleh bahan pencemaran asid dan plumbum yang telah menyerap ke dalam kawasan kilang semasa dan selepas kejadian kebakaran. “Bahan-bahan pencemar ini telah mula terapung dan mengalir dalam air bumi, berikutan pada bulan September hingga Januari adalah musim hujan di kawasan Jenjarom. Namun pada Februari 2019, kawalan sementara telah diambil untuk menghentikan pencemaran ini daripada mengalir dengan air bumi ke perimeter kilang,” jelasnya. Menurutnya, dalam usaha menggali lubang kawalan sedalam dua meter di kawasan sasaran, air tersebut telah pulih dan dialihkan ke kemudahan rawatan air sisa dalaman sebelum dibuang keluar dan semua air bumi di sekeliling perimeter juga dialihkan kembali ke loji rawatan air sisa untuk mengawal penyebaran bahan cemar. “Sehingga 30 Mac, tidak ada tanda-tanda bahan pencemar keluar di lubang kawalan dan di luar perimeter kilang. “Sebagai tindak balas terhadap aduan orang ramai, pada Februari hingga Mac 2019, kami mengadakan sesi dialog dan lawatan kilang dengan komuniti awan dan NGO untuk memberikan maklumat yang telus mengenai apa telah berlaku dan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang telah diambil. “Kami komited untuk terus memantau isu-isu ini sehingga musim hujan seterusnya (September hingga Disember 2019) untuk memastikan kawalan penuh akibat kejadian kebakaran,” katanya. Berdasarkan mesyuarat dan lawatan tapak dengan agensi berkaitan semalam yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hey Loy Sian telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor dan semua agensi berkaitan untuk melakukan penilaian dan kajian secara menyeluruh berkaitan isu berkenaan dalam tempoh dua minggu.
*Sumber : Sinar Harian Online
|
Kemaskini pada 2019-04-30 12:55:54 daripada Administrator