WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Nelayan tradisional mungkin perlu cari kerja lain

Nelayan tradisional mungkin perlu cari kerja lain

image

Penerima bantuan keperluan makanan di Program Iftar Nelayan Kuala Langat bersama Al-I’tisam di Jeti Kampung Kelanang, Banting semalam. Gambar kecil, Mohd Jaman.

12 Mei 2019 - KUALA LANGAT - Nelayan tradisional mungkin perlu mencari sumber pendapatan baharu susulan tangkapan hasil merosot disebabkan gangguan dan persaingan aktiviti laut.

Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Kuala Langat, Mohd Jaman Haris berkata, nelayan berdepan risiko mencari hasil laut disebabkan kewujudan aktiviti perkapalan, korek pasir dan pencerobohan pukat tunda.

Menurutnya, masalah tersebut dihadapi nelayan bertahun lamanya menyebabkan hasil laut merosot dan semakin kritikal kebelakangan ini.

"Masa depan nelayan masih samar, kami tak tahu aktiviti ini masih boleh diteruskan atau tukar mata pencarian lain disebabkan mengalami kerugian berterusan.

"Kami terpaksa tanggung kos kerosakan dengan hasil tangkapan yang tak setimpal. Dengan dasar kerajaan yang mahu subsidi nelayan dikurangkan, subsidi minyak tak tahu statusnya, mungkin kami tak boleh lagi jadi pelaut," katanya pada Program Iftar Nelayan Kuala Langat bersama Al-I’tisam di Jeti Kampung Kelanang, Banting.

image

Mohd Shah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Program Iftar Nelayan Kuala Langat bersama Al-I’tisam di Jeti Kampung Kelanang, Banting semalam.

Mohd Jaman berharap, kerajaan mendengar keluh kesah nelayan dan meningkatkan penguatkuasaan pencerobohan pukat tunda dan korek pasir di kawasan perairan.

"Kami tak mampu bersaing dengan peralatan moden dan kemajuan pembangunan Selangor serta aktiviti perkapalan di Sungai Klang dengan peralatan terhad serta saiz bot yang kecil.

"Harap penguatkuasaan dilaksanakan bagi menyekat pencerobohan pukat tunda, aktiviti pengambilan pasir yang jangan dibiarkan berleluasa," katanya.

Dalam program itu, seramai 230 keluarga nelayan menerima bantuan keperluan makanan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-I'tisam Relief Program, Mohd Shah Sapiei.

Program dengan kerjasama Management & Science University (MSU) dan Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) itu turut menyediakan pemeriksaan mata percuma ke atas 64 penduduk kampung yang 30 daripadanya menerima cermin mata percuma.

 

image

Muhammad Rafiq Rabi

Ketua Projek Ceria Malaysia al-I'tisam, Muhammad Rafiq Rabi Abdullah berkata, Iftar Malaysia di bawah pertubuhan bukan kerajaan itu menyasarkan saluran bantuan ke atas 500 keluarga nelayan dan asnaf.

"Setiap kali Ramadan al-I'tisam menganjurkan program Iftar dan bantuan awal Ramadan di antara tujuh hingga lapan negara antaranya Yaman, Syria, Palestin, Rohingya dan Kemboja melalui sumbangan orang ramai.

"Di Malaysia, tahun ini kami memfokuskan kepada tiga kelompok yang menghadapi masalah kemerosotan pendapatan disebabkan masalah ekonomi terdiri pekebun getah, sawit dan nelayan selain asnaf," katanya.

Katanya, bantuan disalurkan bergantung kepada dana melalui sumbangan orang ramai dan berharap disalurkan seawal mungkin bagi membolehkan bantuan itu dimanfaatkan .

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-05-16 08:38:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1357185 Tarikh Kemaskini : 26 04 24