WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

MDKL tawar ganjaran RM100 lapor sampah haram

MDKL tawar ganjaran RM100 lapor sampah haram

image

GAMBAR HIASAN: MDKL tawar ganjaran RM100 kepada pemberi maklumat aktiviti pembuangan sampah haram di daerah Kuala Langat.

17 Jun 2019 - BANTING - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menawarkan ganjaran RM100 kepada pemberi maklumat aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, ia salah satu inisiatif pihaknya bagi mengekang kegiatan pembuangan sampah haram di daerah itu.
Menurutnya, ganjaran akan diberi apabila pelaku kesalahan yang membuang sampah secara haram membayar kompaun dikenakan terhadap mereka.Pemberian ganjaran itu katanya, terbuka kepada semua warganegara namun hanya bagi kesalahan pembuangan sampah melibatkan kenderaan berat bermuatan lebih satu tan.

“Pemberi maklumat perlu kepilkan gambar, nyatakan lokasi, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh dan masa kejadian pembuangan sampah haram berlaku sebagai bukti.“Maklumat disampaikan kepada MDKL ini menggunakan asas aduan yang pertama diterima dengan mengambil kira maklumat yang lengkap, tepat dan sahih.“Selain tawaran tersebut, pemberi maklumat perlu mengisi borang disediakan di Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDKL serta bersetuju menjadi saksi di mahkamah jika kes berkenaan dibawa ke peringkat perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Zain berkata, kesedaran orang ramai masih di tahap yang rendah apabila terdapat sampah haram dibuang merata-rata sekaligus menjejaskan pemandangan dan kebersihan serta mutu alam sekitar di daerah Kuala Langat.Katanya, ia memberi kesan negatif kepada kawasan pelancongan, peningkatan aduan kacau ganggu dan risiko penyakit bawaan vektor seperti ‘leptospirosis’, ‘thyphoid’ dan ‘cholera’ akibat bawaan lipas, lalat dan juga tikus.Menurutnya lagi, mentaliti serta sikap tidak bertanggungjawab itu mendukacitakan banyak pihak dalam usaha untuk memastikan penduduk menikmati kehidupan bersih serta terhindar daripada pencemaran alam sekitar.“MDKL akan meneruskan segala tenaga dan usaha yang ada bagi menangkap serta mendakwa mereka yang membuang sampah haram.“Hanya dengan tindakan maksimum tanpa kompromi ini di harapkan dapat membebaskan daerah ini daripada terdapatnya masalah pembuangan sampah haram,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2019-07-02 16:53:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356885 Tarikh Kemaskini : 26 04 24