WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Warga asing ditahan buang sampah

Warga asing ditahan buang sampah

image
MDKL menahan kenderaan dipandu lelaki warga asing yang dikesan membuang sampah sisa makanan di Jalan SP1.

3 Julai 2019 - KUALA LANGAT - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki warga asing yang membuang sampah sisa makanan perniagaan mengundang padah apabila dia ditahan penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Sabtu lalu.

Yang Dipertua (YDP) MDKL, Mohamad Zain A Hamid, berkata sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan intipan berjaya menahan lelaki terbabit yang memandu kereta Proton Iswara ketika sedang leka membuang sampah berkenaan di Jalan SP1 Bandar Saujana Putra.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas lelaki terbabit mendapati dia hanyalah merupakan seorang pekerja malah majikannya sebelum ini pernah dikenakan tindakan notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja MDKL 2007.

"Hasil intipan yang dilakukan bermula jam 12 tengah malam, anggota penguat kuasa Cawangan Bandar Saujana Putra berjaya menahan suspek berkenaan yang tidak menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.

"Menerusi siasatan awal, kita dapati majikan kepada lelaki itu turut tidak memiliki lesen perniagaan daripada MDKL," katanya dalam satu kenyataan.

image
Keadaan di lokasi tapak pembuangan sampah haram yang dipenuhi dengan sisa buangan.

Mengulas lanjut, Mohamad Zain berkata lelaki terbabit dikenakan notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007 atas kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata, kenderaan yang dipandu pihak berkenaan juga disita di bawah Undang-Undang Kecil 21(1), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap MDKL 2007.

"MDKL tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan alam sekitar dan tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka ini hingga ke tahap pendakwaan di mahkamah," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut merasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah sesuka hati tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar.

"Seluruh masyarakat khususnya penduduk di daerah Kuala Langat perlu bekerjasama dengan MDKL dalam memelihara dan menjaga alam sekitar dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pembuangan sampah haram ini," katanya.
 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35728/EDISI/Selangor-KL/Warga-asing-ditahan-buang-sampah
* Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-07-12 08:14:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354626 Tarikh Kemaskini : 19 04 24