WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Wanita langgar kereta penyamun untuk selamatkan diri

Wanita langgar kereta penyamun untuk selamatkan diri

image
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik cemas dialami wanita berusia 46 tahun itu.

14 September 2019 : KUALA LANGAT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir disamun lima lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Taman 

Sri Bunut dekat sini kelmarin. Bagaimanapun tindakan berani wanita berusia 46 tahun itu mengundurkan kereta sehingga melanggar kereta dinaiki suspek berjaya menyelamatkan dirinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika wanita terbabit memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus memasuki pekarangan rumah.Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Toyota Vios memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mangsa sebelum empat daripada mereka menghampiri kereta mangsa.

"Suspek yang bertopeng muka dan bersenjatakan parang bertindak mengetuk bagi memecahkan cermin kereta mangsa. Mangsa kemudian mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kereta suspek yang berada di belakangnya."Tindakan mangsa menyebabkan suspek melarikan diri. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu milik sebuah motosikal.Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-09-23 15:47:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350449 Tarikh Kemaskini : 29 03 24