WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Jerebu: 57 sekolah di Kuala Langat dan Klang tutup esok

Jerebu: 57 sekolah di Kuala Langat dan Klang tutup esok

imageimageimage

Senarai Sekolah yang ditutup esok


22 SEPTEMBER 2019 : SHAH ALAM - Sebanyak 57 sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 pada jam 3 petang ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan berkata, penutupan sekolah itu melibatkan 30 buah sekolah di Kuala Langat dan 27 buah sekolah di Klang.

"Penutupan ini melibatkan seramai 68,025 pelajar dan sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Semua sekolah yang tidak disenaraikan akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, 23 September 2019," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak sekolah juga diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid serta guru sepanjang masa."Bagi sekolah yang merujuk bacaan stesen IPU melebihi 100, pihak sekolah diingatkan supaya menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid. Aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan hendaklah ditangguhkan.

"Pihak sekolah juga diingatkan sekiranya mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200, pihak sekolah perlu mengambil tindakan selaras dengan Surat Siaran KPM bilangan 1/2019 dengan menutup sekolah serta merta dan melaporkan segera penutupan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan JPN," katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-09-23 15:56:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354933 Tarikh Kemaskini : 20 04 24