WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Air berbau busuk


Air berbau busuk

image

Fuad menghidu air yang dikatakan berbau sejak beberapa hari lalu.


5 Okt 2019 -  KUALA LANGAT - Penduduk di Bandar Saujana Putra meluahkan kegusaran berikutan bekalan air di kawasan berkenaan dikatakan tercemar dan berbau busuk sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan penduduk menggesa tindakan diambil diambil segera bagi menangani masalah tersebut kerana khuatir terhadap sebarang masalah kesihatan, dalam masa sama mengakui keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian mereka.Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al Ikhlas, Bandar Saujana Putra, Fuad Musa, 62, berkata, masalah air berbau itu berlaku selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kembali beroperasi sepenuhnya Sabtu lalu."Selepas LRA Sungai Semenyih mula beroperasi semula, air di rumah penduduk, masjid dan premis-premis di sini didapati berbau busuk.

"Semalam bau busuk itu masih lagi kuat, namun hari ini ia dah kurang sikit," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

image
Syed Shafik

Pada 28 September lalu, LRA Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas ekoran pencemaran bau sehingga menyebabkan LRA berkenaan terpaksa ditutup selama kira-kira 10 jam bermula 5 petang.

Mengulas lanjut, Fuad berkata, bau berkenaan agak kurang menyenangkan malah pihaknya juga merasa ragu-ragu dengan kebersihan air tersebut."Buat masa ini, tiada lagi laporan penduduk terjejas ekoran masalah air berbau ini dan kita harapkan tindakan segera dapat diambil," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hazwan Ismail, 43, berkata, selain Bandar Saujana Putra, kawasan Cyberjaya dan Putrajaya turut dilaporkan berdepan masalah sama."Isu pencemaran air sewajarnya diberi perhatian dengan lebih serius berikutan ia melibatkan aspek kesihatan penduduk di kawasan terlibat," katanya.Syed Shafik Syed Ahmad, 71, pula berkata, tindakan segera bagi mengenal pasti punca permasalahan itu perlu dilakukan berikutan ia mengundang keresahan masyarakat setempat, di samping khuatir ia mendatangkan masalah kesihatan khususnya buat kanak-kanak dan pelajar sekolah.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-10-17 09:33:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1355027 Tarikh Kemaskini : 20 04 24