WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Air pasang besar di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat

Air pasang besar di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat

image

Keadaan sekitar Istana Pantai di Kuala Langat. - Foto: Unit Pengurusan Bencana Selangor

30 September 2019 SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat dilimpahi air berikutan fenomena air pasang besar pagi tadi.Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menerusi satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan hasil pemantauan dan maklumat diterima ketinggian paras air laut direkod mencecah 5.7 meter pada jam 7 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu fenomena air pasang menyebabkan limpahan kecil di jalan raya berhampiran Istana Pantai Bahagia Kuala Langat namun tidak melibatkan penempatan."Lima ban dilapor bocor di Kampung Tok Muda dan berlaku limpahan air melepasi ban dan benteng di Kampung Baru Telok Gong, Klang.

"Di Kuala Selangor pula berlaku limpahan kecil air di jalan raya di Jeti Jeram namun semua kawasan terlibat tidak melibatkan penempatan," menurut kenyataan itu.

 

image
Keadaan di jeti Jeram di Kuala Selangor. - Foto: Unit Pengurusan Bencana Selangor

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada limpahan air melepasi ban atau benteng di daerah lain di pesisir pantai."Ban dan benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik."Keadaan selamat, terkawal dan cuaca dilapor baik dan cerah," menurut kenyataan itu lagi.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-10-17 09:39:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424412 Tarikh Kemaskini : 19 01 25