WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Bekalan air Hospital Banting pulih

Bekalan air Hospital Banting pulih

image

Bekalan air di Hospital Banting hanya dicatu sehari akibat penutupan LRA Sungai Semenyih sejak Sabtu lalu. Gambar kecil: Dr Khalid


23 Disember 2019 : SHAH ALAM - Bekalan air di Hospital Banting dekat sini berada dalam keadaan terkawal dan tidak dicatu walaupun beberapa kawasan di Kuala Langat terjejas susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak Sabtu lepas akibat pencemaran bau.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, ia berikutan hospital berkenaan mendapat bekalan airnya daripada LRA Labohan Dagang yang telah mula beroperasi sejak Jun lepas.

"Bekalan air hanya dicatu pada hari pertama LRA Sungai Semenyih ditutup dan mulai semalam (kelmarin) dan bekalan air di Hospital Banting telah kembali seperti biasa dan bekalan air yang disalurkan ke tangki utama hospital masih dalam keadaan normal dan hanya Hospital Serdang sahaja dicatu penggunaan airnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

LRA Labohan Dagang fasa satu yang mula beroperasi sejak Jun lepas mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 200 juta liter sehari untuk pengguna sekitar Kuala Langat.

LRA berkenaan yang mempunyai kolam takungan utama seluas 110 hektar juga mampu menyediakan bekalan air mentah selama 75 hari sekiranya berlaku pencemaran di sumber airnya di Sungai Langat.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan air di Hospital Banting dan Hospital Kajang terpaksa dicatu berikutan penutupan LRA Sungai Semenyih.

Dr Noor Hisham berkata, catuan berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan perkhidmatan hospital berkenaan dapat dijalankan. - Bernama

 

*Sumber : Sinar Harian Online
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/63104/EDISI/Selangor-KL/Bekalan-air-Hospital-Banting-pulih
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2019-12-26 10:58:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356893 Tarikh Kemaskini : 26 04 24